oleh: newbie123 Sup Krim Cendawan dan Jagung

Dsc05510

Sup yang lazat untuk dinikmati di depan tv :) Tersangat lah mudah untuk disediakan. Tak sampai 10 minit pun. Yang penting rasanya lemak berkrim sehingga menjilat sudu!!


Created on : 26-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi newbie123




Share


Bahan-bahan ( untuk 3-4 orang makan )

  • 1 paket Cream of Mushroom (saya guna Knorr)
  • 1 mangkuk kecil cendawan butang dihiris nipis
  • 1 mangkuk kecil jagung tin
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • sedikit daun herba kegemaran anda (saya guna dill)
  • sedikit minyak zaitun untuk menumis
  • 4-5 cawan air

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih. Kemudian masukkan cendawan, dan kacau sekejap sehingga layu.
  2. Masukkan jagung (dengan air jagung tu sekali). Saya guna jagung manis biasa, bukan yang berkrim.
  3. Masukkan 4 cawan air. Setelah air panas, masukkan serbuk Cream of Mushroom. Kacau sehingga mendidih. Sekiranya sup terlampau pekat, boleh tambahkan air.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan herba dill. Siap untuk di makan.
  5. NOTA : Tak perlu garam kerana serbuk Cream of Mushroom tu dah ada garam. Saya cuma tambah sedikit serbuk lada hitam untuk kasi kick sikit.

Tag

sup


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

27-03-2010, luvqis komen :

Hi newbie123, mesti sedap sup ni. Dill tu you beli fresh ke atau McCormick ? Kalau guna parsley sedap tak ?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu