Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Udang Masak Sambal

 Submitted By On 26 November, 2008
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Variasikan masakan udang..

Ingredients
  • 1 kilo udang (apa2 jenis udang pun boleh-udang laut,udang harimau,udang galah dll)
  • 5-6 sd mkn cili giling/boh (leh tmbh cili padi dan cili merah ikut citarasa)
  • 6 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1cm halia*
  • 1 biji bwg besar (sderhana bsrnya)*
  • 1sd mkn belacan
  • 2 btg serai (dititik)
  • 1 cawan (atau lebih) minyak msk utk menggoreng udang
  • 1/2 cawan air asam jawa pekat
  • Sedikit air,garam,gula dan perasa secukupnya
Instructions
  1. Udang dibersihkan,toskan dan dgoreng seketika di dlm minyak yg sdh dpanaskan.Jgn goreng lama..cukup sekadar udang bertukar warna.Ketepikan..

  2. Bhn bertanda * dikisar menggunakan pengisar bhn kering dan tmbahkn belacan.

  3. Kurangkn minyak lebihan menggoreng udang td sehingga lbh kurang 1/2 cawan,panaskan dan tumis cili boh/giling hingga garing. Masukkan bhn2 berkisar bersama serai yg sdh dititik dan kacau goreng hingga bhn2 tersebut benar2 masak dan pecah minyak..Jika kelihatan kekurgn minyak,tmbahkn lg minyak gorengan udang td.

  4. Bila perencah sdh pecah minyak,masukkan air asam jawa dan kacau seketika. Kemudian,masukkan udang yg sdh dgoreng td dan kacau lg sehingga sebati..

  5. Lepas tu,tambahkn sedikit air,garam,gula dan perasa mengikut citarasa..tutup periuk dan tunggu mendidih(kena lebihkan air bg yg suka berkuah)

  6. Setelah mendidih,padamkan api. Bolehlah diangkat dan dihidangkn sebagai hidangan utama menu tgh hari atau mkn malam.. SELAMAT MENCUBA! :)

Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments