oleh: Mat Gebu Kek Durian

Duriancake3

Resepi di kala musim durian


Created on : 03-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 10 - 15 orang )

  • 185 g mentega
  • 150 g gula aising
  • 4 biji telur Gred A, asing kuning dan putihnya
  • 185 g tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
  • 125 g isi durian segar, dikisar
  • Secubit cream of tartar

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan tepung berselang - seli dengan isi durian hingga habis. Gaul hingga rata.
  3. Dalam mangkuk lain pukul putih telur bersama secubit cream of tartar hingga kembang dan kental. Kaup dan gaulkan ke dalam adunan kek tadi menggunakan senduk secara sehala (jangan terlebih gaul) hingga rata.
  4. Tuang dalam tin kek yg telah digris dengan mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 40 - 50 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
  5. Uji kek dengan cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek jika lidi itu keluar licin, kek anda telah masak. Selamat mencuba.....

Tag

kek durian




Laporan Masakan Bergambar (2)

Duriancake3
03-08-2007
Sedap. Cake yg moist and fluffy. Senang nak buat
Laporan oleh: coconutice
Durian
30-07-2008
saje cuba sebab terlebih durian kat rumah ni...tapi tak berapa jadi..mungkin saya salah teknik...
Laporan oleh: quinnie

Komen (7)

30-01-2007, zie komen :

a'kum, saya azianah adalah penduduk di negeri di bawah bayu iaitu sabah. saya memohon bantuan tuan untuk mengajar saya cara membuat krim kek durian yang menggunakan whipping cream dalam tin, gelatin dan isi durian


05-07-2007, najah_82 komen :

alamak ..takde gambo kek ke? durian melambak kat umah nie..leh try2 wat...mintak2 le jadik...


06-07-2007, najah_82 komen :

dah berjaya buat sebiji ..baru jap tadi...nice n lembut...gebu mcm tuan die gak..sedap dimakan begitu saja....tapi takde pic lah...sbb takde digicam...:)


08-07-2007, Mat Gebu komen :

Ma kasih kerana mencuba...mat masa mula send recipe kat sini pun tak de gambar, sebab tak de digicam....


03-08-2007, coconutice komen :

Dah buat kek nih. Sedap. Tp temperature oven terlalu panas so coco kurangkan temperature dan bake lama lagi. Dan kek tu mcm mendap sikit, kat bawah dier nampak gelap dan lebih basah dari bhg atas. Naper ek mcm tu?


03-08-2007, norazila36 komen :

skrg dah x perlu digicam guna tel bimbit pun ok dah blh msukkan pic


09-08-2008, quinnie komen :

saya dah tau apa silapnya..rupanya kalau nak pukul telur putih tak boleh dalam bekas plastik.kena pakai bekas steel..lagi satu...pukul putih telor tu kalau pukul terlalu lama nanti berair kat bawah dia dan susah bila kita nak campurkan dengan adunan..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu