Google+

oleh: akma_4th Nasi Goreng Cendawan

Dsc00492

hasil tanaman cendawan tiram kelabu @ home


Created on : 22-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi akma_4th




Bahan-bahan ( 4 org )

  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 4 cawan nasi
  • 1 camb sos tiram
  • 2 biji telur
  • 3 cendawan tiram kelabu, dicarik-carik
  • 1 camt serbuk pati bilis
  • 1 inci carrot, disagat
  • 5 biji cili padi, xperlu dipotong
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan serbuk pati bilis dan cili padi.
  2. Pecahkan telur, biarkan sedikit keras kemudian dihancurkan.
  3. Masukkan sos tiram, garam dan nasi. Kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan cendawan dan carrot. Gaul rata dan sedia dihidang.
  5. Dsc00495
    Ini lah cendawan tiram kelabu yg ditanam sendiri. bila dh ckup mekar, boleh la tuai n guna utk berkreativiti ngn resipi.
  6. Dsc00496
    Ni la botol2 benih cendawan yg dicampur ngn habuk kayu.

Tag

nasi









Laporan Masakan Bergambar (1)

Snv30596
22-11-2008
Baru masak tadi, sedap.. last makan nasi goreng cendawan masa kat m'sia. Thanks akma.
Laporan oleh: aludra

tq sbb aludra sudi mcuba. sy ni jenis suka msk simple2 je. konsep main campak n sedap utk ditelan. :-)


Komen (10)

22-11-2008, HaSue komen :

alahai akma..sukenya kalo dpt mkn tiram kelabu tanaman sendri..akma tnm sendiri ke?camne nak tnm ek?mana dpt benihnya?biasa kite beli kat pasar...3 hengget dpt sikittt jer.tu pun susah nak jumpa org jual..kalo dpt tnm sendirik kn besh!(kalo rajin laa kn)huhu.. ;P


22-11-2008, HaSue komen :

err...akma,sori ye..bkn tiram kelabu ye..'cendawan' tiram kelabu.ehee..ade plak kang pk nak tanam tiram blkg umah..xyah ternak kat laut.hehe


22-11-2008, akma_4th komen :

ternak dlm rmh je. kt atas kabinet dapur. e-mel sy la. karang xpasal org kata sy wat MYR ni jd tmpt pertanian lak.


22-11-2008, akma_4th komen :

my e-mail: akmasuziati_4th@yahoo.com


22-11-2008, akma_4th komen :

mmg senang nak msak kat dapur bila ada tanaman yg boleh hidup dlm rmh. fresh lg.. :-)


22-11-2008, HaSue komen :

ahehe akma,fobia nampak?jadi tmpat pertanian pun takpe..kan bertani kat kabinet dapur je,ade kena mngena ngan sharing resepi gak tu kot..kot2 ade yg nak tau gak cara cendawan ni dtanam,sbb cndawan ni sedap banget.aaa..akma bg la emel add..x saba nak tnm cendawan neh.tp benih nak dpt mane?ke xyah benih2?hehe..magik lak ye.kang dah tanam cendawan sendirik leh la wat nasik goreng resepi akma neh..(n tayang hasil tanaman)hehee..


23-11-2008, ds_saniah komen :

hehe berselera nampak nasi goreng cendawan akak ni. mesti cuba ni. nk tnya la, serbuk pati bilis tu.. sama ke ngan kiub pati bilis. TQ


23-11-2008, akma_4th komen :

Saniah, ada beza nya. nama pn dh lain kan, kiub n serbuk ;-) boleh jer guna mana2 pn, janji letak garam tu secukup rasa k.


11-03-2011, yuni78 komen :

thanks.. akma...boleh buat untuk makan malam ni...sebabnya... myhubbby paling suke nasi goreng..


27-06-2013, Noran Mirza komen :

Suka mmg mkn nasi goreng cendawan ni. Tp paling saya suka kalau dpt tanam cendawan ni sendiri. Mmg minat dr zaman sekolah lg tp smpi la ni hanya minat je yg dpt tp tanamnya tak dapat2 jg lg.. Akma, blh bgtau mcmne nk buat tanaman cendawan ni..?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd