Google+

oleh: dayang_jack Daging Masak Kicap

Img1937a

masakan bonda dlm versi dayang dan juga masakan wajib pd hari lebaran...


Created on : 19-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi dayang_jack




Bahan-bahan ( hidangan utk satu famili )

  • 1/2-1 kilo daging (dibersihkan dgn air asam jawa dan dipotong kiub)
  • 8 ulas bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 sudu bsr serbuk lada hitam
  • 1 sudu bsr cili kisar
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu bsr kicap pekat cap Popo/Yeos (jika ade)
  • 3 sudu bsr kicap masin (dayang guna kicap Tong Nam)
  • 2 sudu bsr kerisik (buat sendiri)
  • rempah 4 sekawan (cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)
  • 3 sudu bsr minyak masak
  • 1/2 sudu bsr asam jawa (Adabi)
  • garam, gula dan air secukupnya.

Cara-cara

  1. Img1089a
    Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat (1 jam atau perap semalaman)
  2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.
  4. Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
  5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.
  6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.









Laporan Masakan Bergambar (5)

Pb210219
03-12-2008
thank ya enak bangat
Laporan oleh: zuwina

u'r welcome zuwina....tahniah!

Snv31731
03-04-2009
Sedap daging kicap ni dayang! Makan dengan nasi panas.. ngan roti pita pun sedap. Tq kongsi resepi dayang..
Laporan oleh: aludra

u're welcome, aludra. syukur sb masakan ni kena dgn taste aludra. trima kasih krn mencuba yer. :)

Photo659
14-04-2009
Menu utk dinner ari ni. Try resipi masak kicap dayang plak. pki kicap masin je xde kicap pkt, sedap gak Tq 4 d recipe.
Laporan oleh: nora_kai

u're welcome...guna kicap masin pun ok. nxt time kalo nk wat lg try kicap pekat plak yer,..anyway, thanks 4 trying n enjoy eating! :)

Image149fd
17-04-2009
sedap, kna ngan selera jun..tq dayang
Laporan oleh: junjs11

u're welcome...alahai, lama gak dyg x masak daging kicap ni, jadi tringin plak...thank you yer atas kesudian mencuba resepi ini..:)

Sdc12837
01-12-2010
TQ dayang jack..nyum3 sedap dan membangkitkan selera..:-)
Laporan oleh: zzraida

Komen (11)

23-11-2008, lalamanja1005 komen :

Mesti sedap pernah makan masa belajar kat sarawak dulu.Kalau pakai kicap kipas udang boleh jugak ker?Pasni gerenti buat.TQ


23-11-2008, dayang_jack komen :

lalamanja (comel nama tu),..kat srwk ade byk jenis masakan daging berkicap. yg ni slh satu dpnya n mmg sedap sgt2, x tipu..hehe... guna kicap kipas udg pun bleh tp yg jenis masin le. dyg dh biase guna kicap Tong Nam walaupun kat umh ade kicap kipas udg. (selera masing2, kan)...try buat eh...gud luck!


03-01-2009, emma76 komen :

rasanya memeng sssedap..... klu ada resepi daging msk kicap yg lain bg kat kt nak cuba. hr 2 kt ada baca daging msk kicap hitam. napa resepinya hilang.


03-01-2009, dayang_jack komen :

Insyaallah emma76,...akak akan post daging masak hitam nanti...thanks.


02-08-2009, azian mohd noor komen :

nak cuba bila cuti nanti. looks delicious


02-08-2009, dayang_jack komen :

azian : selamat mencuba yer...semoga kena dgn taste


24-04-2010, YussNita komen :

sedap sungguh nampaknya ni...nak cuba juga, cuma masalahnya, kat Amerika ni takda kicap kipasudang ker, tong nam ker, or tamin...hmmm..cuma ada kicap ABC pekat manis and masin dari Indonesia, boleh ker? and, kerisik mmg la takada kat sini, tapi, tak silap, ada coconut dry yg mcm da di parut tu, boleh ke kalau yuss sangaikan coconut tu and then tumbuk je untuk buat kerisik? Please advise...thanks..


15-04-2011, azira_80 komen :

sy dah cuba bt ptg smlm... fuhh mmg terangkat... cuma ms perap sy gantikan ngn sos tiram dan kicap manis... tq dayang tuk resepi yg marvelous...


25-01-2012, mama echa komen :

pic pun menyelerakan!!!!yummy.....


15-07-2012, Lela1511 komen :

Tq..sedap walaupun guna kicap kipas udg je.. Nanti nak try buat exactly ikut resepi ni...


03-09-2012, laila.lalola.94 komen :

sedap..tq so much..bru first time buat dging msak kicap,pkai sos manis & sos masin..cili kisar 2 sy tukar pkai cili kering dlm 10btg..mmg sdap..TQVM !


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu