oleh: 14sept Roasted Beef

Beef_roasted

resipi asal roasted chicken


Created on : 18-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi 14sept




Share


Bahan-bahan ( - )

  • 1 Kilo daging pinang
  • 4 biji kentang
  • 5 biji bawang besar
  • serbuk lada hitam
  • sedikit garam
  • olive oil
  • 1 buku butter (potong kepada kepingan)
  • minyak masak

Cara-cara

  1. Daging dibersihkan dan tos. Kemudian sapukan seluruh permukaan daging dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  2. Bawang
    Bawang besar dibelah separuh kepada 4 bahagian (jangan sampai bawang terbelah habis) agar masak nanti berbentuk seperti bunga (seperti dalam gambar). kentang dibuang kulit dan dibelah 4. basuh dan toskan. kemudian gaul bawang besar dan kentang dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam
  3. Letakkan daging, bawang besar dan kentang kedalam loyang kemudian lumurkan dengan olive oil dan gaul sebati. Tuangkan minyak masak sehingga separuh loyang dan letakkan butter ke atas permukaan.
  4. Letakkan loyang ke dalam oven tray. Masukkan air panas/ suam ke dalam oven tray. Bakar dengan suhu 200 degree selama 2 jam hingga 2 ½ jam atau sehingga masak/empuk bergantung pada oven masing². sentiasa balik balikkan daging setiap 15 -20 minit supaya daging masak rata.
  5. Bila dah masak. Hiris daging kepada kepingan dan masukkan kembali ke dalam loyang tadi dan masak selama 10-15 minit dengan suhu 180 degree. Bila dah siap bolehlah dihidang. Asingkan minyak dengan hampas lada hitam. Siramkan hampas lada hitam ke atas daging. sedap dimakan dengan salad, whipped potato dan sos mint atau sos gravy.


Laporan Masakan Bergambar (3)

Roasted_beef__2_
18-11-2008
gambar bulan puasa hari tu
Laporan oleh: 14sept
Roasted_beef
30-11-2008
Buat utk lunch tadi, medium rare. TQ for the recipe.
Laporan oleh: hazila

ur welkam.. tenkiu jugak kerana mencuba tapi saya tak pernah masak medium rare :)

Roasted_beef
03-10-2009
dah lame termenung kat recipe nih...sebab maleh nak menunggu masak sampai 2 jam...ari ni terajin lak nak wat...maceh jiya...sedapp...tp kaler daging akak ter 'ireng' la pulok...kaler jer...rase menten.....lg satu akak perap sekali ngan air bawang putih....
Laporan oleh: nOOrsha

ireng2 pon rasa menten xpa.. jan ireng habis rentung kat dalam gak. kang patah gigi. hahahaha! sedap tu perap ngan air bawang putih. perghhh!!


Komen (2)

18-11-2008, hana6877 komen :

jiya...nak ckitttttttttttt! hihihi


18-11-2008, 14sept komen :

Hana: meh la datang umah tp kena akak kena balik mesia dulu.. huehuehue


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu