Google+

oleh: som e one Popia Mini

Popia_mini

popia mini yang mewah dengan udang


Created on : 18-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi som e one




Bahan-bahan ( 1 balang )

  • 300 gram udang kering
  • bawah merah (ikut suka) ditumbuk
  • serbuk cili kering (ikut suka)
  • air asam jawa (ikut suka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam, gula & serbuk perasa (secukup rasa)
  • *resipi ni perlu guna gula lebih sedikit
  • Kulit popia

Cara-cara

  1. Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.
  2. Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
  3. Masukkan air asam jawa, garam, gula & serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.
  4. Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul2.
  5. Cara membungkus popia: Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atau potong segi empat panjang, isi udang ditengah dan gulung. Kemudian temukan kedua2 hjgnya dan simpul sekali (mcm simpul tali kasut).
  6. Goreng guna minyak yg byk. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng api kena perlahan. Kalau x popia akan liat di bhgn dalam. Kalau jenis yg 1 lagi tu, api sederhana tapi kena jaga2 sbb mudah hangus.
  7. *Tip: tutup kulit popia yg blm dibungkus dengan kain utk elakkan kulit popia jadi keras.

Tag

snack

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (11)

18-11-2008, cik_ct1208 komen :

x masukkn cili kering ke? slalu sy buat sy bubuh cili kering


18-11-2008, som e one komen :

cik_cit, serbuk lada tu maksud sy serbuk cili kering. jap gi sy edit ye..


19-11-2008, umi nani komen :

Best ni...kalau beli yg dah siap se kg pun dah brape...baik buat sendiri.Tq unt resepi, som e one.


19-11-2008, som e one komen :

Welcome umi nani. Senang2 nti cubalah buat. Jimat & puas mkn kalau buat sendiri. Rasa intinya kena bagi umpphh.. baru terangkat masa mkn ;)


10-08-2009, mak ku komen :

sy dh try buat popia mini ni..tp bila ikt bahagian inti dia pecah la...bila goreng plak cepat hangus...pening kepala sy dok pikiaq mcm mana nk buat bg jd elok....raya ni xkn nk bg org mkn kueh xjd,,malu la..tolang la kwn2


25-08-2009, Sara_Zali komen :

Blh tanya resepi neh x pakai kelapa goreng ke?


01-09-2010, som e one komen :

mak ku... klu nak ikat, kulit popia kena lembut sb teksturnya kenyal mudah ditarik... klu dah keras sedikit tak boleh nak ikat sbb pecah di tengahnya.. lebih baik dilipat saja mcm buat popia biasa... masa nak menggoreng, guna api kecil saja.. popia cepat hangus bila api besar dan minyak agak panas... bahagian dalam popia tak akan garing...


01-09-2010, som e one komen :

Sara_Zali.. resipi ni tak guna kelapa goreng sbb saya lebih suka popia ni mewah dengan rasa udang ;)


15-12-2010, zatie_meor komen :

x rety wt simpul ksh wt y n pn jd la..unk owg kcygan gk...


06-08-2011, Kaseh Mawar komen :

lama dh cri resepi.akhir jmpa jga.sni pggl simpul ksh.mksih kgsi resepi.


26-09-2011, som e one komen :

sama2 Kaseh Mawar.. hantarlah laporan ye...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd