oleh: aludra Salad Avocado dan Sesame Seed

Snv30499

Resepi hubby.. ringkas dan sihat


Created on : 16-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi aludra




Share


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 biji sedang timun dipotong dadu
  • 2-3 biji sedang tomato dipotong dadu
  • 1 biji avocado di potong kecil
  • beberapa helai daun salad/lettuce dipotong halus
  • sedikit bijan/sesame seeds putih dan hitam
  • sedikit pine nuts
  • 1 sudu besar sunflower/olive oil *
  • 1 sudu besar balsamic vinegar *
  • sedikit black pepper *
  • garam (ikut rasa) *
  • 1 sudu kecil madu *

Cara-cara

  1. Campurkan timun, tomato, daun salad, avocado, sesame putih dan pine nuts dalam satu mangkuk yang dalam.
  2. Untuk sos, dalam satu mangkuk lain masukkan semua bahan yang bertanda * dan gaul hingga sekata.
  3. Kemudian, tuangkan sos tadi ke dalam mangkuk salad dan gaul sebati.
  4. Akhir sekali, taburkan lagi pine nuts dan bijan/sesame seed hitam untuk hiasan. Sedia untuk dihidang.


Laporan Masakan Bergambar (1)

Img_0152
16-11-2008
salad yang sihat...sedap! trima kasih yer!
Laporan oleh: hana6877

Sihat dan ringkas kan... thanks hana kerana mencuba.


Komen (5)

16-11-2008, nor_67 komen :

amboii ina, sepantas kilat!!!


16-11-2008, hana6877 komen :

kes kes kess... nak ker?? meh ler jamu ke umah hamber! kihkihkih


16-11-2008, dania76 komen :

aludra..saya dah cuba tengahari tadi.sedap.maaf ye tkde gamba. bateri camera abis! nak cepat makan punya pasal malas nak tunggu cas. next time, saya anta laporan bergamba ye.. trima kasih. :)


16-11-2008, aludra komen :

no prob dania, yang penting avocado tu membazir... thanks for trying.


16-11-2008, aludra komen :

oppss.. i mean.. tak membazir.. hehehe..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu