oleh: Yana Nona Pasta Carbonara Yana

Img_3858

Rasanya sebijik cam kat pizza hut tu... Tapi kat sana sepinggan dah bape hinggit...


Created on : 14-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Yana Nona




Share


Bahan-bahan ( 4-6 orang )

  • 1/2 bungkus pasta (tak kisah apa jns/btk pun)
  • 1 tin sos carbonara Prego
  • Sedikit isi ayam atau daging
  • Sedikit udang dibuang kulit
  • Sedikit daun parsley
  • Sedikit keju (sy guna morzarella )
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Rebus pasta hingga betul lembut. Toskan dan letak tepi.
  2. Masakkan sos dlm periuk. Masukkan isi ayam atau daging yg telah dibersihkan. Sy guna daging burger yg dipotong kiub.
  3. Setelah isi ayam/daging masak, masukkan daun parsley dan keju yg telah dicincang halus. Kacau sebati hingga keju larut dlm kuah.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Setelah kuah siap, tuangkan dlm pasta yg telah direbus tadi. Gaul rata. Taburkan dgn isi udang yg telah direbus (sy guna air bekas rebusan pasta tadi, tak perlu lama cukup hingga udang kemerahan)

Tag

pasta


Laporan Masakan Bergambar (1)

Fettu
25-01-2011
thanks for the receipe... tp saya guna fettucini... sedappp...
Laporan oleh: yasminhumaira

Komen (11)

14-11-2008, alyasuraya komen :

sedapnyer


14-11-2008, sarina_abr komen :

yana, sos prego kalau boleh jangan pakai. Ada desas desus tak halal.


14-11-2008, lynn.asn komen :

sarina, mana u tau sos prego x halal? i br beli 2 hr lps tp x pakai lg. u tau x mana2 website(halal food) yg i blh go thru?


14-11-2008, sunkist komen :

email berkenaan sos prego tak halal boleh dibaca di (http://www.muslimconsumer.org.my/ppim//plugins/forum/forum_viewtopic.php?2341) Dllm email tu ditulis 'Italian Sausage for Speghetti keluaran PREGGO made in USA' tetapi tak ada sebarang jenama PREGGO.. yg ada hanyalah PREGO.. namun begitu ada satu produk PREGO iaitu 'Spaghetti Sauce with Italian Sausage' yg mana ingredients yg ditulis adalah 'italian sausage'.. maksud italian sausage adalah pork sausage that comes in hot and sweet varieties.. harap maklum


05-02-2009, kawai84 komen :

yg diragui halal tu yang dalam balang kaca..dlm tin kecil tu, ada cop halal jakim kan? sy rasa yana guna yang tin.. cuba tgk ni http://www.halaldeal.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=207 wallahualam..


10-06-2011, zzt komen :

memang sedap...tambah sedikit cendawan..wow


15-08-2011, bihaliza komen :

baru nak try harap2 jd,anak2 suka sgt makan


21-08-2011, kicah82 komen :

prego ada banyak keluaran...yang halal cuma keluaran campbell sahaja...jadi berhati-hati masa nak beli..http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia


21-08-2011, teruna komen :

org sewel je makan yg xhalal,,,,,hehehe


06-12-2011, ainnie88 komen :

yg dalam tin tu halal yg balang kaca tu x rasanye sbb yg import x slp... tp sedara saya keje jakim ckp prego halal tp x sure lak yg mn st.. sbb byk brand prego


13-04-2012, shilakaria komen :

sedap..dh pnh try bt n menjadi same mcm kt pizza hut tuu..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu