oleh: rossitamz Jemput-jemput Berangan Comel

Jemput2_berangan_comel

Adunan "3-in-1", boleh digoreng, dibakar ataupun dikukus..... Tapi kalau dibakar @ dikukus, namanya tak le jemput2 lagi...!


Created on : 12-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rossitamz




Share


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 3 biji pisang berangan yang masak ranum
  • 4 camb gula
  • 5 camb susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 camt soda bikarbonat
  • 2 cawan tepung gandum
  • Minyak masak secukupnya- untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat ke dalam bekas dan gaul rata.
  2. Kisar @ blender pisang bersama telur, gula dan susu segar.
  3. Campurkan bahan2 yang telah dikisar ke dalam campuran tepung dan gaul hingga sebati.
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  5. Dengan menggunakan hujung sudu makan, jemputkan adunan (sebesar satu ruas hujung jari telujuk) ke dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
  6. Angkat dan siap untuk dimakan.


Laporan Masakan Bergambar (6)

Jemput_pisang_rossitamz_001
16-11-2008
hai ros,hasrat hati nk bakar dgn resipi ni,tapi tekak nk mkn jemput2 pulak smbil masak utk tengahari...insyaAllah lain kali akak try lah...jemput2 yg lembut sangat...tq ros... :)
Laporan oleh: kak fida

sempat jugak k.fida "menjemput" sambil masak ya! terima kasih kerana mencuba...

Jemput2_pisng_rossitamz_d_kukus
09-01-2009
salam ros,ni jemput2 3 in 1 yg di kukus,dh jadi apam lah yer...ade yg kecik dan yg beso tuu haaa....lembuut sangaaat....tq ros... :)
Laporan oleh: kak fida

cantiknya...! goreng dah, kukus pun dah! mmg rajin k.fida ni! tabik springggggg....

Jemput2_pisng_rossitamz_d_bkr
09-01-2009
haaa...ros..yg ni akak bkr pulak...pon lembuuut jugak....tq skali lagi ros atas resipi '3 in 1' ini.....dh complete dh..hehee... :D
Laporan oleh: kak fida

adui k.fida! sempurna sudah semua percubaan k.fida. dah boleh dapat phd ni...thanks for trying 3-in-1 ni....

Jemput2
18-01-2010
ct buat utk adik2 dn ayah yg menonton bola,sdp n lembut,cpt je habis...tq kak ross... :p
Laporan oleh: ctmas

sama ctmas...lain kali boleh buat lagi ya!

P1020207
02-04-2010
dah bnyk kli wat,ank2 smua suka,,tq,lap u.
Laporan oleh: Mariani(KT)
Dscn1217
21-12-2011
Salam Ros kite dah wat tadi b fest...anak2 n hub suke sedap dan tak menyerap minyak nanti kite nak wat edisi..kek lak..kalau ada pisang kite nak cuba kukus lak...thanks kerana sudi kongsi resepi...
Laporan oleh: Resepi2011

Komen (3)

12-11-2008, sua_sue komen :

mm...ada ape2 yg tertinggal ke dlm resepi ni coz nmpk cam ade 1 ruang kosong..


12-11-2008, rossitamz komen :

tq sue, mmg ada yg tertinggal. dah edit dah...


12-03-2009, hasmira komen :

As'kum kak ros,ira nak tanya nie jgn marah yek,kueh bom pisang tak sama ke resepinye.lg satu klu resepi ni ganti dgn pisang nangka ok tak?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu