oleh: rossitamz Cute Marble Blossom

Cute_marble_blossom

Lagi variasi apam... Diolah dari resepi izatti. Jangan marah ye...!


Created on : 12-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rossitamz




Share


Bahan-bahan ( 180 - 200 biji papercup kecil2 )

  • 1 ½ cawan gula halus
  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 3 biji telur Gred A – asingkan putih dan kuning telur
  • 1 camt baking powder
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camb ovalette
  • 1 camt pandan emulco (**)
  • ½ cawan santan pekat (**)
  • ¾ cawan susu segar (**)
  • Sedikit pewarna hijau (**)
  • Sedikit pewarna merah
  • Papercup kecil-kecil (200 keping)
  • Acuan lompang secukupnya

Cara-cara

  1. Satukan bahan-bahan bertanda (**) - pandan emulco, pewarna hijau, santan pekat dan susu segar. Ketepikan.
  2. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
  3. Masukkan gula halus dan esen vanilla. Pukul hingga gula hancur dan keputihan.
  4. Masukkan pula ovalette dan baking powder. Pukul hingga adunan putih dan gebu.
  5. Masukkan tepung berselang-seli dengan campuran santan dan susu segar. Kacau hingga adunan sebati.
  6. Panaskan kukusan. Balut penutup kukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh ke atas kuih. Susun acuan lompang di dalam dulang dan masukkan papercup. Ketepikan.
  7. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam piping bag ataupun ke dalam plastic yang digunting sedikit bucunya.
  8. Masukkan sedikit pewarna merah dan kacau supaya jadi macam marble. Jangan kacau lama-lama, takut warna asal hijau akan bertukar merah sepenuhnya.
  9. Picitkan ke dalam acuan papercup tadi dan kukus dengan api besar selama lebih kurang 5 – 8 minit. Siap!!!
  10. Nota : pastikan api besar semasa mengukus kerana kalau api kecil, kuih ni tak merekah. Saya dah terkena satu kukusan (25 biji).


Laporan Masakan Bergambar (3)

Pic1
22-11-2008
nehhii..nehii..kabi nehi!kenapakah apam mabelku ini x merekah..agaknye sbb ngelat ganti baking powder ngan bikarbonat kot..x pun pukul x cukup kmbg.jawabku sendiri.huahuaa..ngah ngadun br pasan stok baking pwder abis..ihiii..tp kan,ia mmg lembut n sedap n lemak juga.time kacih ye share resepi.. :)
Laporan oleh: HaSue

hasue, ikut esperince saya, pukul x cukup kembang adalah salah 1 sbb "besar" apam ni x kembang. saya pun dah kena. nak cepat punya pasal, malas nak pukul lama2...hasilnya tak blossom..!!! cuba lagi ya!

Dsc04584_resize
29-11-2008
salam. hai.. nilah hasilnya sy x ada pepercup so buat dlm loyang bulat je...memang sedap lembut, gebu dan terasa lemaknya.. nnt sy lapur kan gbr yg telah siap di potong yeee. TQ
Laporan oleh: shafea

Thanks shafea for trying...dlm loyang pun leh gak. tak jadi masalah..

Dsc04585_resize
30-11-2008
ni yg telah siap di belah dua begini lah hasilnya, mekasih byk
Laporan oleh: shafea

sama2. cuba lag ya!


Komen (9)

12-11-2008, hana6877 komen :

fuhhh semangat banyaknyer apam tuh! geram tengok! nak 5 bijik k.ita! ehehehe


12-11-2008, rossitamz komen :

5 bijik je? Cukup ke? Bak sini address, k.ita hantar guna DHL ke, FedEx ke... Ada lagi balance anak2 bawak gi sekolah tadi!


12-11-2008, sfaizah7 komen :

seronoknya.. ada apam baru utk saya cuba.. tq kak ita..


12-11-2008, HaSue komen :

salam..err pandan emulco tu..same ngan paste pandan ke?tQ :)


12-11-2008, rossitamz komen :

faizah=>cuba, jgn tak cuba. siap nanti hantar laporan ya! Sue=>sama kot. emulco tu 2-in-1, perasa dan pewarna. harum baunya. paste tu tak pasti pulak. saya guna brand nona.


13-11-2008, izatti komen :

ros...takkan nak marah...tabik springggg lagi sbb ros pandai mengolah resepi...hebat tu..saya ada gak buat cam ni...tapi resepinya lain sikit...apam mekar namanya...


22-11-2008, HaSue komen :

Salam rossitamz..ngah ondaway try resepi nih.tp ovelette n baking powder x dnyatakan bila nak bubuhnya,so kite main belasah jer bubuh pas masukkn gula n esen vanila.baking powder lak ayak skali ngan tepung..ehe.hrp2 jadik laa :)


22-11-2008, sunkist komen :

hasue, boleh refer resepi coconut blossom dari izatti (http://www.myresipi.com/top/detail/5809) coz tuan punya resepi cakap resepi ni pun diolah dr resepi tersebut ;)


06-07-2009, mamamok komen :

i dah buat .. mmg sodap.. ramai org puji.. tapi i punya tak merekah laa.. i rasa dah ok dah kembang telur tu.. tak tahu ler apa yang silap.. tapi .. lantak lah.. asalkan sedap


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu