oleh: cikpuankesum Tiramisu

Tiramisu__2_

resipi ni di ambil dr salah sebuah laman web US,dh lupa namanya,tp paling mudah dan senang.resipi ni,telah di ubai suai mengikut kuantiti ML dan GM utk adunan bg mereka yg menetap di UK


Created on : 12-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi cikpuankesum




Share


Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • Bahan A 20 sponge finger (1 paket besar)
  • 284ml double cream/whipping cream
  • 500gm mascarpone cream
  • 1/2 cawan gula icing
  • 3 sudu besar esen vanilla
  • Bahan B
  • 1 sudu kecil nescafe
  • 1 sudu kecik serbuk kopi (tak mo buh pun takpe,sb ada sesetgh tak suka rasa kopi yg kuat)
  • 1 sudu besar serbuk coklat
  • Bahan C
  • Serbuk coklat utk taburan setiap lapisan
  • air suam utk melarutkn bahan B
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Pukul double cream/whipping cream hingga kental (stiff peak)
  2. pukul mascarpone cream, gula icing,dan esen vanilla hingga sebati
  3. Bun_masc__1_
    gabungkan adunan double cream dgn adunan mascarpone tadi hingga sebati (**photo bekas mascarpone cream di UK**)
  4. Campur Bhn B dgn air,kacau hingga larut
  5. masukkan biskut tadi ke dlm adunan Bhn B tadi,celup dan angkat - JGN RENDAM LAMA.nanti biskut hancur.masukkan ke dlm bekas tiramisu
  6. lapiskan setiap lapisan dgn adunan tiramisu tadi,hingga menutupi biskut dan taburkan serbuk coklat di setiap lapisannya dgn menggunakan penapis teh
  7. Tiramisu__4_
    siap di hidang selepas 8 jam di dlm peti ais utk rasa lebih sedap.paling kurang 5 jam.


Laporan Masakan Bergambar (6)

Tiramisu6a
28-11-2008
CT!! i dah try tiramisu u ni..sedap bangettt 2 thumbs up!! abes aarr rejim diet kuuu... tp time mkn i pejam mata jekk.. mmg menjilat sudu beb..
Laporan oleh: shima27

yeke...mekasih2...memang plg besh punya resipi yg i jumpa.ala shima,sekali sekali ma...pasni leh diet 3 bulan plak.hikhik.kalau nk edit buh strawberry,rasberry pun ok gak

Img_3647b
03-05-2009
sangat sedap. terima kasih sebab kongsi!
Laporan oleh: hanakirana

tq hana,pasni buleh deco kaw2 sikit:)

Tiramisu
31-08-2009
Wat utk besday anak 2 mggu lepas..tp nak tanya la, apa yg 1 sudu besar coffee? Saya terpaksa alter balik kek ni sbb saya sudah masukkan 1 sb coffee emulco then it turned out so bitter. Dah alter n best tiramisu nih ! TQ
Laporan oleh: eenat

ha ,silap bukak da..adeii..nanti saya edit resipi,sila tulis..tak pasan langsung.jgn serik utk mencuba lagi

Screen_shot_2010-08-25_at_7
25-08-2010
buat lagi. kali ni letak buah kiwi sebagai hiasan. :)
Laporan oleh: hanakirana

tq hana sebab mencuba,tak pernh buh kiwi,nampak gayanya buleh cuba lain kali ;)

26012011650
08-02-2011
dah buat 2 kali. mmg best...x yah beli lg. tqtqtq....
Laporan oleh: dapurnanie

Tq nanie!cntik deco tu saya pun pernh cuba stail gitu mg menarik kan

27012011653
08-02-2011
Versi gambar zoom. tiramisu yg dah duk dlm freeze 6 jam. Potong & makan sejuk...best..
Laporan oleh: dapurnanie

Haah kena sejukkan dulu bru ptg if not taste dia tak meresap.tq sb cuba byk kali


Komen (13)

05-05-2009, ciLLa komen :

hi cikpuankesum sya nak tanya,selain sponge finger kta bule ganti dgn ape yer?


08-06-2009, cikpuankesum komen :

ada jugak saya buat kek sponge sebagai ganti sponge finger ni..cuma tak celup air kopi la..terus buh topping ni ala2 kita buh BC topping.kalau nk celup pun buleh tp takut lembap sgt,nanti hancus.


08-06-2009, cikpuankesum komen :

maaf cilla lambat balas sebab saya dh lama tak bukak myresipi ni


05-09-2009, cikpuankesum komen :

eenat>>tak tahu nape tak leh reply kt box awk..saya silap tulis tuh..hihi..coffee tu serbuk coffee..silap sukatanla..soli2..bru saya pasan.nanti saya edit. tq sb cuba resipi saya.senang kan..memang budak suka mkn ni


11-04-2010, ihara komen :

double cream tue whipping cream ke?


06-05-2010, cikpuankesum komen :

ihara,sorry lambat balas sebab dh jarang bukak my resipi,memang sama double n whipping.tetapi saya lebih suka guna double berbanding whipping.Jika di Malaysia ada whipping sahaja,boleh saja gunakkannya.


06-05-2010, cikpuankesum komen :

ihara,sorry lambat balas sebab dh jarang bukak my resipi,memang sama double n whipping.tetapi saya lebih suka guna double berbanding whipping.Jika di Malaysia ada whipping sahaja,boleh saja gunakkannya.


09-02-2011, lyza2474 komen :

kat mana nak cari biskut sponge finger..


11-02-2011, melurputih komen :

salam...nak tanyer di mana bley dptkan bahan A....sy pun teringin nak buat tiramisu nie....


09-06-2011, cikpuankesum komen :

Lyza:: kalau duk UK boleh cr kt mana2 supermarket ; asda,tesco dll .kebiasaannya dia duk bhgian dessert;dkt bhgian meringue ready made. Kalau di mana saya xpasti tp elok bertanya bakery shop yg jual bhn2 kek tu.taste mascarpone ni mg sedap n berlemak krim berbanding cream cheese/full fat soft cheese.


09-06-2011, cikpuankesum komen :

Lyza- typing error: mana- msia


09-06-2011, cikpuankesum komen :

Melur:: kt uk mana2 supermrket ada,msia maybe kt bakery shop,kalau xde buleh buat sponge cake mnggunakan topping tiramisu ni,sedap gak tp jgn rendam kek tu,biarkn mcm kek biasa.saya pernh buat rasa lg best dr whipping cream je


24-11-2011, Cikgu liana komen :

Sponge finger boleh beli Dari Kedai BAkeri.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu