oleh: Mat Gebu Blueberry Muffin

Blueberry_muffin

Sesuai untuk Hi - Tea atau minum petang di taman


Created on : 30-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( Hasilkan lebih kurang 24 biji )

  • 170 g mentega
  • 160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
  • 4 biji telur gred A
  • 350 g tepung gandum
  • 20 g baking powder
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Blueberry filling secukupnya
  • Badam keping untuk hiasan (jika suka)
  • Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
  • 160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
  2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
  5. Keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga..... sesuai untuk minum petang di taman (kalau ada taman laa......)




Laporan Masakan Bergambar (3)

Blueberri_muffin_-_mat_gebu
26-01-2008
Along bgn suboh2 lagi dh buat muffin mkn kat taman Cik Mat ooi. Tembam & gebu..... Buat besar2 kenyang mkn sebiji pun!
Laporan oleh: AlongRoz

Maaf, terlambat komen..heheh, tak perasan..eh tu belakang garden u ke atau gambar?...cunn nya, ish jeless nihh!

Blueberri_muffin_-_mat_gebu2
26-01-2008
Yg ni pulak, Along buat dlm non-stick muffin cup.
Laporan oleh: AlongRoz

Cantiknya yg ni, mat lom ada lagi mould cantik cam tu..nak pi cari jugak satu nanti...terima kasih yea kerana sudi mencuba.

P1010586
11-11-2009
baru masak. riena x letak badam sbb bdk2 tak suka. belum rasa lg. tp baunya pun dh menyelerakan. tq mat gebu...
Laporan oleh: riena

Komen (9)

01-12-2006, ayna komen :

kalau x guna susu cair blh x?


02-12-2006, Mat Gebu komen :

Kalau tak guna susu rasanya tu kurang lah sedap dan tak beberapa lembap......


26-01-2008, Mama chombi komen :

mat gebu ...memang terror lah. Suka sgt kat web ini...ramai yg ikhlas memberi resepi. Bukan apa...ada kalanya kita dok kluar duit beli buku mahal mahal....ikut betol betol pun kena kantoi jugak. TKASIH ya.....tumpang lalu...


20-02-2008, athirahbai2002 komen :

salam.. Maaf yer.. Sy baru nk join group ni...


20-02-2008, athirahbai2002 komen :

mat gebu, sy nk tanya.. blueberry filling tu apa? ada di jual di pasaraya ker??


20-02-2008, athirahbai2002 komen :

mat gebu, sy nk tanya.. blueberry filling tu apa? ada di jual di pasaraya ker??


20-02-2008, Lilydvalley komen :

athira, blueberry filling ada dijual dipasaraya spt Giant, Tesco,dsb. sila la buat lawatan sambil belajar ke pasaraya2 ya...


29-02-2008, zaharin_tam komen :

suma bahan ni pukul dlm mixer ker ? Sy pernah buat muffin ni tapi bkn resepi ni la, x gebu lsg. Padat, tapi rasa ok. Pasal lebih pukul ke?


07-04-2008, yatee_zul komen :

hi,mcm mana nak bagimuffin tu tahan lamer lebih dari 3 ari pastu asing tu cair


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu