oleh: intanredha Acar Timun Istimewa

Pb081112

Mak saya ajar


Created on : 09-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi intanredha




Share


Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 2 batang timun (dipotong panjang) buang pembuluh timun
  • 1 batang lobak merah (dipotong panjang)
  • 6 ulas bawang merah kecil (dipotong 4)
  • 4 ulas bawang putih (dipotong 3 secara memanjang)
  • 2 biji cili merah (dibuang biji dan dipotong memanjang)
  • 2 ulas bawang merah kecil ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • Cili kisar satu senduk kecil
  • Cili sos satu senduk kecil
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk halus)
  • 1 cm halia dimayang halus
  • Garam dan minyak untuk menumis
  • Gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Timun, lobak, bawang merah, bawang putih yang telah dipotong tadi hendaklah direndam dengan air garam sebentar.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi beserta dengan halia yang dimayang.
  3. Setelah wangi, masukkan cili kisar, dan masak sebentar.
  4. Masukkan cili sos, udang kering, garam, dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan timun, lobak, bawang merah, dan bawang putih yang direndam dengan air garam. (toskan air itu dahulu)
  6. Goreng sebentar dan angkat. (jangan goreng lama sangat nanti layu dan tak rangup.

Tag

acar sayur


Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc00337
14-11-2008
tada.. dah siap.. sedap n memang istimewa.. makan ngan nasi minyak hujan panas makyong..
Laporan oleh: aymy

Wah, dah buat. Terima kasih kerana mencuba. Acar ni tahan lama. Saya masuk peti sejuk, hari kedua masih rangup lagi.

Img_2598
26-04-2009
Best!!! Terima kasih berkongsi resipi ni.. ;>
Laporan oleh: ayu898
P1040363
20-08-2011
slm,ank g rewang kat msjd dpt nsi myk bnyk.wat acar ni ,sdp....
Laporan oleh: Mariani(KT)

Komen (9)

10-11-2008, aymy komen :

Tengok dia punya bahan-bahan, nampak cam sedap jer.. insyaallah, minggu ni gak saya cuba wat.. tq


10-11-2008, intanredha komen :

Cubalah , kalau nak simple lagi, tak yah letak udang kering pun ok. Terutama yang gatal-gatal hidung (resdung) Rasanya tetap sedap.Insyaallah


15-11-2008, intanredha komen :

Wah, dah buat. Terima kasih kerana mencuba. Acar ni tahan lama. Saya masuk peti sejuk, hari kedua masih rangup lagi.


30-11-2008, gee dollah komen :

Akn coba raya haji ni mkn dgn nasi tomato


01-01-2009, serai wangi komen :

hampir sama dgn resipi mak saya...perbezaan ketara (1) timun & lobak dijemur selepas ditos (tapi jgn sampai terlalu kering) sebelum dicampur dgn bahan2 lain... (2) campur cuka waktu menumis. Biar semalaman supaya betul2 serap. Acar mak saya buat boleh tahan lama bertahun.


20-08-2009, bonda81 komen :

sedap nyer dah try mkn mlm.fmily suke sngt tq 4 d resepi


11-04-2011, nurul ain adif komen :

sbnrnya lma dah sya cr resepi..akhirnya jumpa juga...d SARAWAK..acar timun slalunya org mkn ngan keropok goreng...hehehe...sodap...


11-04-2011, karambit komen :

best,,,,,,,,,


18-09-2011, abuateif komen :

terbaekkk!!!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu