oleh: Jay Anne Sup bebola ikan terengganu

Dsc00048

untuk penggemar ikan


Created on : 30-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 4 org makan )

  • 5-6 ekor ikan selayang/sardin (kalau boleh ikan yg isinya lembut). ikan tenggiri pun tak apa.
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 1-2 biji kentang - dipotong dadu
  • minyak (rendah lemak) utk menumis
  • air, garam dan perasa

Cara-cara

  1. ikan - buang kepala dan perut. potong ambil isi sahaja. maksudnya buang tulang tengah dia tu. dry blend isi dia. bila dah hancur (tak hancur sgt pun tak apa) buat bulat-bulat macam fishball tu.simpan dulu.
  2. kuah - tumis bawang yg diblend td bersama minyak dan bunga-bungaan dan kayu kayan td sampai wangi/garing
  3. masukkan air dalam 4 cawan bersama kentang
  4. tunggu samapai mendidih, masukkan bebola ikan tadi
  5. bila agak2 ikan dah masak, masukkan suhun dan fucuk
  6. masukkan perasa dan garam. pastikan kentang empuk sebelum ditutup api
  7. sedia utk dihidang bersama nasi atau diratah untuk yg berdiet

Tag

sup ikan




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (18)

30-11-2006, minah komen :

Hai Jay Anne! Klu tambah lobak merah dan sayur ketola boleh tak! Halia taruk ke tak? Tq.


30-11-2006, admin komen :

Jay Anne .. cara menulis resipi ada kat http://www.myresipi.com/help/isiresipi.html


30-11-2006, Jay Anne komen :

Thanks admin. dh pernah baca before p td nak cepat tk sempat nak tengok. nanti i edit ek. minah - boleh2


30-11-2006, admin komen :

tq.. jay anne.. kerana sudi berkongsi resipi kat sini.


23-04-2007, lori_terbalik komen :

bebola tu kalau nak guna yang instant fishball boleh ke? sedap tak agak2nye ek..??


02-08-2007, alissa komen :

nenek saya slalu buat ni waktu kecik2 kat kampung dulu! nostalgianye.. hehe


08-08-2007, ennera komen :

klu taruk sawi or lobak lagi menyelerakan...ada kaler ckit


31-10-2007, bawangputih komen :

bobola yang dah ready x berapa sedap.. x best.. kasi buat yang ori lagi bagus


04-06-2008, untielong komen :

nak tanya.. isi ikan tu x dicampur skit tepung bkanji ker.. x bercerai ker isi2 ikan nie masa di rebus.. :)


01-09-2008, sumayah723 komen :

tak hancur ke isi ikan.


29-11-2008, jeezy komen :

Ini kalo kat kampung beserah, di kuantan, campur dgn mee kuning atau bee hoon, pastu campak tauhu goreng bulat2 tu dlm kuah dia terus jadik Mi Calong. Pastu buat laa sos cili api sket, buh kicap dgn pepper, perhhhh terangkat!!


01-12-2008, nazra86 komen :

kalau kat umah i panggil tumis laksa... mak selalu buat kalau time2 hujan... cuma kalau mak i buat.. tak letak kentang.. satu lagi untuk sumayah723.. masa kita bulat2kan isi ikan tue.. die mmg tak hancur... cantik jer nampak...


18-01-2009, kamarulsalam komen :

lnak buat fishball mcm kt kedaim tu.putih je kaler dia,rasa2 kalo buat bulat2 gitu je,xjadi putih kaler dia.kaler perang.macam kaler bakso tu.


12-02-2009, aliaqim komen :

mcm nk try je...mak kte kena mkn lauk b'asaskn ikan mcm sup2 ke..tgk ni mcm lain je tu yg nk try tu..hrp2 setapp la sy buat eh..:)


29-03-2009, nik9921 komen :

ikan tu rebus dulu la kan?hehe...


22-05-2009, rosyrose_ry2006 komen :

@nik9921: Ikan tak payah masak dulu. Buang ekor , kelar sikit dekat leher lepas tu siat kulitnya. Ambil isi saja. simpan dalam peti dulu, bila air sup dah mendidih, baru bulat-bulatkan isi ikan dan campak masuk dalam sup. bila bebola dah timbul, maknanya isi ikan dah masak. Bila ikan direbus dulu, dua perkara terjadi : 1. Ikan hilang manis, 2. Bila bulat-bulatkan, isi ikan tak melekat lagi


01-07-2009, nik9921 komen :

eii..x sabar nak buat,mcm sedap jer..smpi ke ari ni x sempat2 nak buat lg,maklumlah pindah tempat keje dr perak ke kelantan...huru hara sikit...


23-02-2010, ainazman komen :

mak saya selalu buat ugak... tp saya panggil mi calung.. letak mi kuning atau mihun... beh giler


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu