Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Kek Kukus Nurul Huda

 Submitted By On 09 November, 2008
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Satu lagi resipi kek kukus Sarawak yang menjadi feveret. Rasanya manis (trademark kek dari Sarawak), moist sangat dan masa mengukus yang agak lama (satu lagi trademark kek kukus Sarawak). Pasal nama tu, tak pasti lah pulak dari mana datangnya, mungkin sempena nama orang yang mencipta resipi kek ini.

Ingredients
  • 10 biji telur ayam
  • 16 oz mentega golden churn
  • 1 tin besar srikaya
  • 1 tin susu pekat manis (390 gm) * susu manis tin kecil ni kalau di semenanjung boleh didapati di kedai 7 Eleven
  • 1 botol kecil horlick (gunakan 1 paket kecil 200gm)
  • 2 sudu teh serbuk koko
  • 2 gelas gula (lebih kurang 320 gm)
  • 2 gelas tepung gandum / tepung hong kong
  • 1 botol kecil browning sugar (optional - sekadar untuk pekatkan warna kek)
Instructions
  1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.

    resized_Susu_pekat_manis_390gm.jpg
  2. Masukkan browning, serbuk koko, horlick, srikaya dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan sehingga sebati.

    IMG_0575.jpg
  3. Kukus sehingga masak di dalam loyang yang sudah di alas dengan kertas. Masa mengukus lebih kurang 4 - 5 jam atau apabila kertas sudah renggang dari loyang.

  4. Mentega dengan susu pekat manis dipukul di tempat lain hingga sebati dan kemudian disatukan dengan adunan telur tadi. Pukul lagi sehingga adunan rata.

    IMG_0574.jpg
  5. * Kek ini semasa mengukus akan naik tetapi apabila sudah masak dan sejuk, akan turun sedikit dan nampak kering berbanding semasa mula2 dikeluarkan dari pengukus (kelihatan basah)

  6. * Potong / hiris apabila kek sudah sejuk dan bakinya dibungkus dengan alluminium foil dan simpan di dalam fridge untuk tahan lebih lama.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All