Google+

oleh: kamal77 Takoyaki

Tako_sudah_masak

Masakan orang jepun,tapi menjadi kegemaran orang-orang malaysia


Created on : 08-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kamal77




Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 250g tepung takoyaki
  • 1 biji telur
  • 750ml air
  • filet ketam dihiris nipis (atau apa saja mengikut selera)
  • kobis (dicincang halus)
  • secubit garam
  • kicap unagi @ kicap sushi

Cara-cara

  1. Tepung_takoyaki
    bancuh tepung dengan air (dalam gambar dibawah ialah tepung takoyaki yang boleh dibeli di pasaraya JUSCO)
  2. Kamir_tepung_tako
    pukul telur dan masukkan kedalam bancuhan tepung tadi,dan kacau lagi sehingga rata dan diletakkan secubit garam
  3. tapis bancuhan tepung diatas supaya bacuhan tidak berketul-ketul.
  4. panaskan acuan kuih cara dengan api yang perlahan,letak sedikit minyak didalam acuan supaya nanti kuih tidak melekat.
  5. tuang tepung tadi kedalam acuan sehingga penuh.dengan cepat,masukkan filet ketam dan kobis.
  6. Tako_atas_dapur
    selepas itu,tuangkan sedikit lagi bancuhan tepung tadi keatas acuan tadi,bila bancuhan hampir masak sedikit,pusing2kan takoyaki perlahan-lahan untuk mendapatkan bentuk yang bulat (guna sudu kecil)
  7. letakkan sedikit minyak ditepi-tepi lubang acuan supaya takoyaki masak dengan cantik
  8. setelah masak,angkat dan sapukan dengan kicap unagi dan mayonis...Siap!

Laporan Masakan Bergambar (2)

Imgp0265
10-11-2008
ini dia kicap unagi
Laporan oleh: kamal77
381606_2632429248885_1200013054_33114508_2045568794_n
07-11-2011
takoyaki memang best...tapi saya tambah sebiji telur lagi dan letak sos okonomiyaki n nori halus..thanks!
Laporan oleh: aisyahsid82

sedap kan aisyah?mmm,kalau tambah tlr sebiji lg,mesti jd makin lembut..



Komen (27)

08-11-2008, shafea komen :

salam. tegok dr resepinya mcm sdpje... tpg tu mesti membuat kuih tu wangi, dan bahan2nya mudah juga,,kuih ni bwt menu minum ptg ok gak ye Kamal77?


09-11-2008, nananis komen :

kicap unagi tuh mcamana ye? boleh tunjuk tak gambanya?


09-11-2008, kamal77 komen :

shafea,kuih ni mmg sedap dan lembut,kalau saya,10 biji pun tak ukup..hehehe.mmg sesuai utk minum petang


09-11-2008, kamal77 komen :

kicap unagi tu ialah kicap jepun yang digunakan untuk memanggang ikan belut.nanti la nananis,saya uploadkan gambarnya nanti


09-11-2008, hana6877 komen :

kamal...i pon nk tgk la kicap unagi yg u gunekan... tlg upload yer kamal..trima kasih!


10-11-2008, minami133 komen :

tepung takoyaki ader jual ker kat msia?.. lg satu, tako tuh maksud nyer sotong kurita... yaki = bakar.. kalo korg kat msia bole buat gune sotong kurita yg dah direbus lg sedap! pastu masukkan tuna sket, mozarella cheese.. mmg sedap! 20 bijik pon xsedar kalo mkn.. hihi


10-11-2008, yani komen :

Minami.. tepung takoyaki ada jual kat jusco Msia ni.. Banyak jugalah brg dr jepun yg ada jual kat jusco.. mostly produk dialah yg ada tulis "TopValue" ... katakuriko pun ada juga.. dashi pun ada.. ish macam2lah.. tp harganyalah yg mahalnya. Kalau sy ..dlm takoyaki ni lebih sedap letak dashi drp garam.. tako kat msia ni kecik je.. takdelah saiz yg besar mcm kat nihon


10-11-2008, yani komen :

oppss.. silap bukan " topvalue" tapi "TOPVALU"


10-11-2008, kamal77 komen :

betul kata yani tu,tepung takoyaki ada dijual kat JUSCO,harganya rm 9.90 untuk 500gm.sebenarnya saya tak berapa tahu maksud TAKOYAKI tu,tapi selain dari filet ketam,kita boleh jugak gantikan dengan udang,sotong kurita merah,dll.satu lagi,blh juga tambahkan mozarella cheese,lagi sedap.


10-11-2008, kebayan komen :

kt jusco ada jual gak ni....3 biji = RM4.20....mmg tak puas....tapi dia ada letak skali bonito tu kt atas dia....


10-11-2008, kebayan komen :

plus seaweed skali......


10-11-2008, kamal77 komen :

a'ah,betul kata kebayan tu....ni tgh tgk kat net ni,kot2 ade jual takoyaki pan,nak beli..:)


11-11-2008, nanyadifah komen :

Jap nak tanye, tepung nih ader tanda halal tak? hmmm...


11-11-2008, dadih komen :

erm..kamal77 bole loadkan dalam glossary tak kicap unagi tu..kecik la..x nmpk..lg satu kalau kat JUSCO tu yg dia taruk kat atas die tu ape yek..nak tau sgt pls..


13-11-2008, kamal77 komen :

nanyadifah,kicap tu,tak ada la pulak tanda halal sebab dia dtg dr jepun...tapi kat jusco tu diaorg jual takoyaki pakai kicap tu la,dia jual kat org melayu jgk,yang buat takoyaki tu pun org melayu...tapi kalau was2,baik jangan makan,kalau tak was2,bole makan... :)


13-11-2008, kamal77 komen :

dadih,saya tak reti la nak loadka kat glossary.dadih bagi je email,saya hantar je gambar tu.satu lagi,yg dia taruk kat atas tu,saya tak tau la nama ape,sebab dia tulis bahasa jepun,tapi kalau pegi kat jusco,mmg ada kat ruang makanan dr jepun,cari je....saya pun ada beli gak


19-11-2008, kebayan komen :

kamal, semalam sy g jusco cari tepung ni tak jumpa la....pas tu kicap dia tak jumpa mcm yg u suggest, bercampur2 dgn kicap yg ada alcohol....u pegi jusco mana? apa brand kicap u tu?


21-11-2008, bakso_cedap komen :

kat mana nak dpt acuan tako ni?


26-12-2008, ikin scha komen :

ikin scha mmg nak sgt mam mende ni.1stly,sori 2 all..kena cek kicap tu bebetul taw nanyadifah ..ikin scha de pegi kat c4 tgk de yg non halal (coz de yg de wine)tapi sticker da xde.mmg la de yg mlayu wat but not so sure they all gna mende same ke x.n0 c0mment bout dat.carefull taw..


19-06-2009, kamal77 komen :

kesian kebayan,sori ler baru respond...syy beli kicap dan tepun tu kat jusco midvaley


06-07-2009, sapporo komen :

kamal77..kt topvalu jusco mid valley tu poro xjumpe ar sos unagi , yg ade tepung and bonito..kt area sos die xde pown sos unagi..byk sos kikoman, sos sashimi n sushi jek...kt isetan pown xde..huhuhu


28-04-2011, mekda komen :

ermm sy mkn tako kat jj bukit tggi aritu...sy nak tny... selain drpd mayo n unagi sos ad 1 lg bahan....die masin2... cam serak2 gitu... nak kta seaweed die lg nipis dr tu...ape eh??????


24-05-2011, sinar_shafrina komen :

mekda : bnda yg serak2 tu,, namanye bonito flakes.. boleh dapat kat jusco mid jugak :-)


30-07-2011, kim jin soo komen :

kicap unagi tu halal ke?? kat mane ade jual??


07-11-2011, aisyahsid82 komen :

apa2 bahan Jepun ni selalu ada kat Jusco..Mid Valley selalu ada..


21-06-2013, r41494 komen :

Unagi sos tak halal coz ada kandungan wine/ alkohol jika x silap. Dah check masa nak beli. Ada jual d jusco.


03-02-2014, SchaNoorain komen :

Haha sebenarnya takoyaki tu adaalah bersamaan dgn kuih cara orang Melayu.. Hahahahahaha


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd