oleh: yani Yogurt tart

Yogurttart

Mini Tat dengan cream yogurt. Acuan yang diguna untuk bentuk tart ni adalah acuan muffin yang bersaiz kecil. Kalau guna acuan muffin yg saiz biasa boleh dapat 12 biji.


Created on : 30-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yani




Share


Bahan-bahan ( 16 biji- mini size )

  • Kulit tart
  • 100g gula halus
  • 1 biji telur
  • 200g tepung gandum
  • 150g butter
  • yogurt cream
  • 220g plain yogurt
  • 100g gula
  • 1 biji kuning telur
  • *2 sudu besar corn starch
  • *1 sudu besar tepung gandum
  • 250g susu
  • 15g butter
  • 2 sudu besar lemon jus

Cara-cara

  1. Kulit tart. Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau biar sebati. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digunakan.
  2. Cream1
    Yogurt Cream Masukkan susu ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga hampir mendidih. Tutupkan api.
  3. Cream2
    Masukkan yogurt, telur dan gula ke dalam mangkuk dan kacau.
  4. Cream3
    Kemudian masukkan bahan (*) yg telah diayak. Kacau serata.
  5. Campurkan susu panas tadi sikit demi sikit sambil dikacau.
  6. Cream4
    Tapis semula masukkan ke dalam periuk susu tadi.
  7. Panaskan semula sehingga pekat. Kemudian, padamkan api.
  8. Akhir sekali masukkan butter dan juga lemon jus. Kacau biar sebati.
  9. Yogurt tart Keluarkan kulit tart tadi. Bahagikan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat.
  10. Tart
    Sapukan acuan muffin dengan butter. Ambik sebiji tart tadi, buat bentuk leper. Kemudian tekan-tekan masukkan ke dalam acuan muffin. Buat lubang kat tengah.
  11. Yogurttart1
    Isikan dengan yogurt cream. Bakar selama 25~30 minit dengan suhu 180 degree.

Tag



Laporan Masakan Bergambar (5)

Img_0506
20-12-2006
xde la comel yg mcm yani buat...tp, filling die mmg best la...^~^..yum2
Laporan oleh: nure

betul tu.. lepas ni nak tyr buat roti guna filling tu sebagai inti

P8170002
18-08-2007
tq kak yani...rozee guna filling strawberi...nak habiskan strawberi....sedap
Laporan oleh: rozee21

perghh.. cantik nampak kaler merah tu..

Tat_yogurt
23-11-2007
saya guna yogurt perisa mangga..jadilah mango yogurt tart yang sedap!!
Laporan oleh: zaliana
Img_9739
15-11-2008
peberet tart! tk kira apa jenis tart! hehehehe...yg nih pon sedapp! thnx k.yani! :)
Laporan oleh: hana6877
Tart
16-12-2009
orange yogurt tart plak! cedap!
Laporan oleh: hana6877

Komen (18)

30-11-2006, hanis komen :

acuan lubang banyak2 tu kak yani beli kat sini ke? tak penah nampak la pulak..


01-12-2006, wana komen :

kak yani, setiap resipi tart akak mesti akak guna serbuk almound. kenapa yang ne tak guna? klu kita kat gana serbuk tu,blh tak digantikan dgn tepung?


01-12-2006, yani komen :

@hanis.. kak yani beli acuan tu kat cuoca. Acuan tu ada 12 lubang. Bagusnya sebab tak melekat.. so takyah nak letak butter.. Jom pi cuoca kat jyugaoka.. <br/><br/> @ wana... perasan juga ye..eheh :) . Resipi ni salin dr majalah kat klinik gigi.. sambil tunggu anak2 jumpa doktor gigi.. sambil salin resipi.. wana.. tak sesuai kalau nak ganti almond powder tu dgn tepung.. nanti tart jadi lebih keras.. kalau nak ganti dgn walnuts powder atau kelapa parut kering(kelapa yg ada jual kat supermarket utk tu) boleh juga..


02-12-2006, wana komen :

ooo...mcm tu ke...paham la..maknanya kulit tart resipi ne keras ke?klu kita guna kulit tart resipi ne utk tart resipi kak yani yang lain blh tak? wana ade kacang hezel,klu nak dijadikan serbuk utk kulit tart blh tak?just kisar je ke?sebenarnya wana tgh semangat nak buat ne...tp serbuk-serbuk tu tak de..tepong je yg ade kat umah ne..


02-12-2006, yani komen :

wana... kulit tart utk resipi ni lembut.. kena simpan dlm peti ais dulu utk keraskannya.. kalau mango cheese tart dan mix fruit cheese tart tu kulit dia macam serbuk roti.. tekan2 je kat bawah dan dinding acuan.. yg tu memang senang.. kalau kacang hezel tu kena jadikan serbuk dulu dan ikut resipi mango cheese tart ataupun mix fruit cheese tart.. dah siap nanti report hasilnya tau.. nak tau juga sedap ke dak guna hazelnut tu.. :)


02-12-2006, umi_e komen :

ermmm respect lah kat yani sebab rajin sungguh memasak :D kueh mueh... ni mesti kes anak2 suka makan :D e kadang2 jadi malas sebab anak2 tak berapa suka makan sebab anak2 dah besar2 mereka sibuk dengan hal masing dan nak pilih makanan masing2... seronoknya kalau masak dan ada orang yang makan sebab e kadang2 masak pun jadi malas hehehehehe


02-12-2006, yani komen :

umi_e.. anak2 saya macam anak2 umi_e jugalah kot.. memilih nak makan.. tu sebab resipi saya ni sket2 je.. anak tak suka makan.. terpaksa mama dan papa dia lah yg abiskan. Kekadang tu masak bagi kat kawan2 yg bujang.. atau ajak dia org dtg makan kat rumah..


13-12-2006, wana komen :

kak yani, wana dah try resipi ni. tp guna bahn2 yg kat atas..sedap..wana guna sunquik 2 sudu besar utk gantikan lemon jus..(buah lemon dah busuk sbb lmbt lama sgt die tunggu kat peti ais)..kulit tart ne susah nak bentuk la.. wana ratakan je kat acuan tu..janji tak lobang dan ade bentuk tart...pape pon, tart tu dah sampai umah mertua..


20-12-2006, nure komen :

yani..nape ms buat kulit tart tuh, masukkn telur dua kali?rsnyer, salah satu utk step masukkn gula,kn?...


20-12-2006, yani komen :

@ nure.. tq. tersilap type rupanya. saya dah betulkan. <br/><br/> @ wana.. memang leceh sikit nak bentuk kulit tart ni dalam acuan kecil. Kalau nak senang dan cepat guna acuan tart yg besar.


20-12-2006, dila81 komen :

yani, boleh ker dila nk jadi anak murid yani. dila ni tak berapa pandai sangat memasak. tapi minat tu ada. hubby mmg kuat makan. hehehehe.yani ada web sendiri ker tentang masakan ni.


20-12-2006, yani komen :

dila81.. nak jadi anak murid saya?.. boleh2x.. tapi macam mana ek?.. kat website ni sajalah tempat saya letak semua resipi yg pernah saya try... tak pandai masak sebenarnya tak jadi masalah.. kalau berminat. yg ptg kena selalu mencuba.. jgn mudah putus asa kalau tak menjadi. Saya pun asalnya dr tak pandai masak juga. Dah banyak benda yg saya masak tapi tak menjadi.. last terpaksa masukkan dlm tong sampah juga. Dari situ jugalah saya belajar... kalau tak jadi tu selalu tanya pada diri sendiri.. kenapa tak jadi.. mungkin tu..mungkin ni.. Sebenarnya aktiviti memasak juga bagus tau. Boleh buat kita sentiasa berfikir. Bila otak kita selalu berfikir kita tak mudah cepat nyanyok.


23-12-2006, wani komen :

Dah selamat buat..tapi rupa dia x cun mcm yg yani buat sebab kulit dia susah nak bentuk..knapa ye?..apa2 pun 9 biji yg bakar tadi dah selamat masuk dalam perut anak2 buah :-p..and saya gantikan plain yogurty tu dgn bluebeery yogurt sebab terbeli yg tu..so kaler dia cam purple skit


28-01-2007, rogayah bostamam komen :

yani,utk kulit tart tu guna tepung ape?


07-08-2007, rosnani komen :

kak yani, kalo gune strawberry yogurt sedap tak? saya ni peminat yogurt tapi plain flavour kureng sket lar.


07-08-2007, yani komen :

try je la.. boleh kot..


22-12-2007, sis komen :

Hai k.yani...tanya ckit...susu tu susu tepung ke?Conpius la


09-08-2008, mrsdayat komen :

dah buat td..kulit die a bit manis.hehehhh..next time akan kurangkan sket gula. apepun..yummy!!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu