Google+

oleh: eddlanie Shepherd's Pie

Shepherd_spie

Masakan yang mudah, sedap, cepat dan ringkas.


Created on : 06-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi eddlanie




Bahan-bahan ( 4 - 6 orang )

  • 1 1/2 lbs daging lembu - dicincang
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • 1 1/2 cawan mix vegetables
  • 6 sudu besar butter
  • 1 sudu teh Worcestershire sos
  • 1/2 cawan stok lembu
  • Garam dan serbuk lada sulah
  • 1 1/2 - 2 lbs kentang US (3 - 4 biji besar)

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang dan belah 4 bahagian. Kemudian rebus bersama air dan garam (lebih kurang 20 minit).
  2. Sementara kentang lembut cairkan 2 sudu besar butter di dalam kuali.
  3. Masukkan bawang besar cincang sehingga 10 minit dalam api yang sederhana. Tambahkan mix vegetable.
  4. Shepherds-pie-3
    Selepas itu masuk daging cincang dan gaulkan sehingga warnanya keperangan tambahkan sedikit garam, serbuk lada sulah dan worcestershire sos.
  5. Gaul sebati barulah dimasukkan stok lembu. (Nak buat stok lembu ni guna 1 kiub lembu knorr dan 3/4 cawan air). Biarkan selama 10 minit dan kemudian tambah lagi stok lembu untuk kelembapan.
  6. Bila kentang sudah masak lenyekkan bersama 4 sudu besar butter.
  7. Shepherds-pie-5
    Letakkan bahan masakan daging tadi ke dalam mangkuk kaca tahan oven untuk lapisan bawah. Kemudian letak kentang lenyek di atasnya. Cucuk kentang dengan garfu supaya apabila ianya masak nampak keperangan di atasnya.
  8. Jika suka taburkan parmesan cheese flakes di atas permukaan kentang. Bakar di dalam oven suhu 200 darjah celcius sehingga nampak menggelegak dan keperangan. Lebih kurang 30 minit. Sedia untuk dihidang.

Tag

pie

Laporan Masakan Bergambar (2)

Pict0003
07-11-2008
Tadaa..My 1st Shepherd's Pie..Sedap jugak..Masa tgh bakar tu, satu dapur bau cam kat Pizza Hut...ye la pie ni hasil gabungan resipi Shepherd's Pie ida rahayu & eddlanie...Tapikan, leh sy tau tak tekstur lapisan kentang yg dh masak yg sepatutnya, lembik ke keras huh?
Laporan oleh: mizz89

hi mizz89... wow dh jd... ;) kalau the original resepi mmg pki "lamb", tp rata2 org malaysia nie x brp suke kambing... so pki la beef... sesiapa yg suke lamb tu boleh la ltk lamb... k? about lapisan atas tu mmg lembik... takper... try lg... for make it perfect! Senang kn?

Image003
26-11-2008
jadi n x jadi...tapi,masih boleh dimakan n sedap...buat time exam week.huhu.
Laporan oleh: redbirdfe

Hehe... Nmpk cam jd jek... Sedap tak?



Komen (11)

06-11-2008, miss^FieYa komen :

nmpk mcm sedap..slurppp..nak try laa..


06-11-2008, eddlanie komen :

hi miss^FieYa... memang sedap tu ... try la... ;) Kalau suke atas kentang tu tabur parmesan cheese flakes... kalau tak suka tak yah letak... selamat mencuba...


06-11-2008, nananis komen :

cheese lain tak bleh ke? kalau tak letak worcestershire ok tak?


06-11-2008, ida rahayu komen :

boleh jer klu tak nk letak worcestershire sos or other chese.. sos tu boleh ganti dgn tepung jagung sikit.utk bg inti tu cam likat sikit..saya selalu buat shepherd's pie ni sbb terlalu senang nak buat.selalu buat jugak sbb hubby suke daging n saya suke kentang lecek..


06-11-2008, eddlanie komen :

nananis... cheese lain boleh jugak... mcm cheddar cheese... worcestershire sos tu x nk ltk pon x per... sbb kegunaannya hanya utk rase shj... selamat mencuba... :)


06-11-2008, eddlanie komen :

hi ida rahayu... wah.... mesti ader kelainan pd resepi awak kn? Kasi la...


06-11-2008, eddlanie komen :

Oh ya... jgn tekan padat kentang tu yer... biar atasnya nmpk mcm beropol-ropol... baru cantik masa dah masak...


07-11-2008, mizz89 komen :

Mengikut apa yg sy tau, Shepherd's Pie nie pie yg guna isi kambing, kalau kita guna daging lembu, mat salleh panggil Cottage Pie...Anyway, saya dah try resipi ni, sedap jugak..sekali sekala nak ubah selera kan..


29-04-2009, HRozleen komen :

bilalaa nak makan beefheard pie kakak ku buat nie eak? hikhikhikhik... nak buat sendiri bila la agaknyeee.. hehehehehe


08-01-2011, ina_arina komen :

selain Worcestershire sos,blh x gantikn dgn bahan lain??


14-05-2011, eddlanie komen :

Tak pasti la yg itu ina... kalau x suka atau x dpt nk cari di pasaraya... x payah ltk pn x per... sos ni bg rasa masam sedikit...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd