Google+

oleh: rahman bestari Sambal Kentang

Sambal_kentang

Variasi kentang dari dapur orang bujang.


Created on : 04-11-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rahman bestari




Bahan-bahan ( boleh ikut kreativiti dan citarasa masing2 )

  • 5 - 7 biji kentang ( saiz kecil atau sederhana)
  • 3 ulas bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 - 2 inci belacan - ditumbuk
  • 50 gm ikan bilis / udang kering - ditumbuk kasar
  • 1 buku kiub ayam maggi / knorr
  • 3 sudu makan cili giling
  • minyak masak untuk menggoreng dan menumis
  • serbuk perasa (kalau perlu)

Cara-cara

  1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.
  2. Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau mengikut saiz kentang.
  3. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam maggi / knorr. Jangan terlalu empuk supaya tidak hancur.
  4. Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.
  5. Setelah selesai acara menggoreng, tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api kecil.
  6. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat.
  7. * Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan menggunakan belacan yang sudah sedia berperisa masin.

Tag

sayur









Laporan Masakan Bergambar (30)

Kentang
04-11-2008
sedaplah makan dengan nasi panas-panas.. tq ye
Laporan oleh: yani

eh, cepatnyer yani sediakan. man baru entri tghari ni. lawa sambal kentang awak. terima kasih yani.

Sambal_kentang
05-11-2008
Semalam menu tgh hari kak yani.. hari ni menu tgh hari kiter plak... Hihi!
Laporan oleh: 14sept

terima kasih 14sept, amacam? sedap x?

Kentang_sambal
08-11-2008
buat utk minum petang smlm. mkn camtu aje. sedap.
Laporan oleh: baya74

makasih baya74 kerana sudi cuba resipi sambal kentang man ni.

Sambal_kentang
12-11-2008
lauk utk lunch ari ni man.. sedap.. thanks ya..
Laporan oleh: nor_67

tq k.nor. k.nor masak sudah pasti lg sedap dr yg man masak tu. huhuhu. tqvm k.nor.

Photo245
16-11-2008
bahan2 yg simple tp sedap jadinya..tks rahmab
Laporan oleh: k.cik

ma ceh k.cik, mmg simple dan leh buat alternatif kalau tak nak ambil nasi. serupa juga ngan nasi - sumber kabohidrat!

P1040502
17-11-2008
cik man mmg lah sedappppp bangettttt, tambah cili api 5 biji ehehe peluh sakan makan tu ajerr tak yah nasik2 ehehe... peberet ni kalau ada kentang2, thanks ;-)
Laporan oleh: Natto 1

tqvm Natto 1, sure sedap gilerr kalau tambah cili ek. man pon buat ratah gitu ja, takyah mkn ngan nasik. sama2 Natto 1.

Img_0299
18-11-2008
sedap...rasanya mcm tk sempat jek nk mkn ngan nasi..hehehe.. tima kasih yer man..
Laporan oleh: hana6877

hehe, tq hana6877, man biasa pas goreng ja terus ngap, tak sempat wat sambalnyerr!! sama2 hana ...

P1000638
22-11-2008
terima kasih man sedappp
Laporan oleh: imim

sama-sama imim, syukur alhamdulilah...

Sambal_kentang
01-12-2008
sedap...mkn ratah jer...TQ
Laporan oleh: Aziemas
Picture_1833
04-12-2008
yummy....! tq
Laporan oleh: junjs11
Sambal_kentang
09-12-2008
Ermmm sedap.TQ
Laporan oleh: hazila
Sambal_kentang
12-12-2008
kelainan rasenya bila kite rebus kentang tu ngan kiub ayaM...memang sedap sangat....
Laporan oleh: nOOrsha
Img_3439
13-12-2008
guna cili padi n lada hijau.. besttt..TQ
Laporan oleh: zana08
Image_002_
16-12-2008
sedap.....sy mmg gila kentang...makan ngan nasi, anak2 suke..
Laporan oleh: dapurnanie
Dsc05024
20-12-2008
dah byk2 kali wat ni.. simple n sedap sangat .. tima kasih man
Laporan oleh: yatiezaini
Sambal_kentang_rahman_bestari
20-12-2008
Hari tu bikin tak sempat amek gambar. Kali nih bikin letak ikan bilis plak. Sama sedap, hari tu bikin guna udang kering. Thanks Che Man... resepi cepat dan senang!
Laporan oleh: Batdeaz
Dsc_1281
02-01-2009
dah banyak kali buat,sedappp.ini salah satu menu yang dimasak semasa kak e datang kerumah hari tu.......husband suka makan dengan nasi lemak.
Laporan oleh: zaina
Dsc_1439
10-01-2009
buat lagi.........kali ni letak siput tiram ........sedappppppp
Laporan oleh: zaina
Snooz__006
10-02-2009
cedap sgt.. ^_^
Laporan oleh: ash_snooz
Sambal_kentang
14-03-2009
sedap,pedas & terangkat...buat utk dinner mlm ni...slalunya wat smbal kentang potong panjang2...kali ni try ikut idea En.Rahman plak...thanks 4 d recipe...(",)
Laporan oleh: Yantie Alias
Sambal_kentang
22-07-2009
Wow...!mmg sedap recipi awak ni t.kasih yer...
Laporan oleh: manjasayang
Sambal_kntg
25-07-2009
semalam hari kentang sedunia..hehe..mkn ngan belacan pun cedapp..tq rahman..ney lah kitak tok menghilang. :)
Laporan oleh: HaSue
11-01-18-143901
19-01-2011
tambah fishball yg ada dlm stok. mmg best la resipi org bujang ni...
Laporan oleh: akma_4th
11-01-27-143900
28-04-2011
buat lagi... best la en rahman, u punya resipi...
Laporan oleh: akma_4th
004
28-04-2011
thanks en man,sedap sgt resepi sambal kntang ni..
Laporan oleh: noor satinah
Dscn1968_kentang_goreng_berlada
03-11-2011
as salam,sedap...TQ
Laporan oleh: wanH
2
02-12-2011
sedap!
Laporan oleh: shakina87
Dsc04282
27-12-2011
memang best..makan dengan nasi panas..fuhhh!
Laporan oleh: aisyahsid82
2012-01-31_15
31-01-2012
pedas & sedap.. mkn dgn nasi.. tq ye!
Laporan oleh: yaniezara
Dsc09688
31-03-2012
yummy...sedap! tq man..
Laporan oleh: k.zila66

Komen (17)

04-11-2008, Indai Aim komen :

Aduh...terliur jak nengok kentang sambal kitak tok.Kelak kamek mau molah juaklah tapi xpat engkah cililah....agi gastrik !!


04-11-2008, rahman bestari komen :

terima kasih wai indai aim, enti enda tan pedas nya, enda iboh gulai enggau cabi meh wai. (versi bahasa iban). :-) terima kasih indai aim, kalau tak tahan pedas tu, takyah masukkan cili ek. (versi melayu) :-)


04-11-2008, baya74 komen :

favourite my huby ni. confirm sedap.


04-11-2008, yani komen :

Man.. i balik shopping td.. buka myr terus terpandang resipi u ni.. apa lg bhn2 semua dah ada.. so tak payah nak fikir panjang utk menu lunch hari ni. Tp i guna kiub ikan bilis ganti kiub ayam. Pastu time rebus kentang tu, i rebus sekali brokoli dgn sweet peas.. uhuhu jimat kerja..


05-11-2008, puteryus komen :

Hai... saya dah buat dah semalam. Sedap. memang ada rasa.tapi saya tak letak belacan dan tak goreng pun kentang tu. semuanya ok..!!


08-11-2008, rahman bestari komen :

maseh baya74, selamat menjamu selera! minum petang pon tak pa baya.


08-11-2008, rahman bestari komen :

salam yani, maseh bebanyak krn sudi try resipi man ni. ala, resipi simple orang bujang ja yani. takpa yani, kiub ayam ke bilib ke sama aje, ikut citarasa masing2 kan? kreatif lg yani coz tambahkan brokoli ngan peas. sybabas dan tahniah yani!


08-11-2008, rahman bestari komen :

Hai puteryus, maseh krn sudi cuba resipi man ek. takpa puteryus, itu variasi dan citarasa namanya.


22-11-2008, zila66 komen :

teruja ramai wat..mmg bestt..mkn gitu jer x sempat mkn ngan nasi..tq man...


22-11-2008, rahman bestari komen :

tima kaceh zila66, syukur alhamdulilah.


27-11-2008, zila66 komen :

salam buat man..wat lg..kali ne mkn ngan nasi..sedapp...time kasih man...


17-12-2008, Batdeaz komen :

Malam tadi dah bikin untuk lauk dinner. Tapi tak sempat nak amek gambar. Sedap sungguh. Mekasih Che Man.. resepi senang dan sedap!


15-03-2009, goldfish komen :

huk alaaa.. sedapppnyaa... dapat pujian terlebih2 plak..hehehe yq man, mmg best your recipe nie..simple and nice...


11-04-2009, eastna komen :

nk taye smbal kentang ni mmg femes kt belah utara ke? cz masa mula2 dtg utara, tiap hr p.cik kantin2kafe tu wt menu ni.. hehehehe


22-10-2009, k.zila66 komen :

salam man,buat lagik..dh lama x buat resepi man..buat lbih2..separuh ratah dan separuh buat sambal hehe...bestt sgt2..tq ya!...


02-12-2010, daniaamani komen :

nak try lah resepi ni... g pun tak tau nak masak ape ari ni..........


29-12-2012, mama33 komen :

Mmg tidak dinafikan mmg sedapppp...huby puji siap bagi gred A+ lagi....tqvm


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu