Google+

oleh: sya.anna Daging masak hitam

No picture

Masakan org2 kampung.. Bahan2 pun senang di dapati..


Created on : 28-10-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sya.anna




Bahan-bahan ( Untuk 4 orang )

  • 600g DAGING TANPA TULANG
  • RM 1.00 REMPAH BASAH MASAK HITAM
  • 1 BUNGKUS KECIL REMPAH TUMIS( yg harga 50 sen )
  • 1 SUDU MAKAN KICAP PEKAT
  • 1 SUDU MAKAN SOS TIRAM
  • 1 SUDU MAKAN KICAP MASIN
  • 1 SUDU MAKAN GULA DAN 2 SUDU TEH PERASA
  • 2 CAWAN MINYAK MASAK ATAU LEBIH IKUT SUKA
  • 1 1/2 CAWAN AIR
  • << BAHAN KISAR>>
  • 1 LABU KECIL BAWANG PUTIH
  • 4 BIJI BAWANG MERAH
  • 4 BATANG SERAI
  • 5 BIJI CILI MERAH & CILI PADI
  • 2cm HALIA

Cara-cara

  1. Potong Daging sederhana kecil,cuci bersih dan rebus terlebih dahulu hingga mendidih.Toskan.. Buang air rebusan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg di kisar bersama rempah tumis dan rempah masak hitam hingga naik bau wangi. masukkan 1/2 cawan air.
  3. Masukkan daging yang di rebus tadi dan gaul-gaulkan. Perlahan kan api.
  4. kemudian, masukkan kicap masin, kicap pekat, sos tiram, gula dan perasa.(kalau kurang masin, tambahkan lagi kicap masin.). masukkan air sekali lagi jika kekurangan air.
  5. Gaul sebati. Masak sehingga daging benar2 empuk. tambah air jika terlalu kering. (JANGAN TERLEBIH AIR. BUAT MACAM MASAK RENDANG.) :) SELAMAT MENCUBA...

Tag

daging

Laporan Masakan Bergambar (0)



Komen (8)

29-10-2008, cahayer komen :

Air rebusan daging buang?.. sayangnya... tu kan bleh buat tambah2 air jika kering sblm daging lembut.... tu rempah basah boleh tukar dgn ape selain tu?


29-10-2008, sya.anna komen :

Hai cahayer, air rebusan tu kalau suka, boleh juga di tambah utk daging tersebut. Tujuan merebus daging tersebut, untuk menghilangkan rasa bau dekat daging tu... kita tak berapa suka makan kalau masih ada rasa daging. sbb tu kita rebus dan buang air rebusan.. cahayer cuba lah resepi nie.. sedap... nie resepi mak kita yang punya...


29-10-2008, cahayer komen :

suka makan daging tapi tak suka bau dekat daging hehehe.. .. yolah.. nnt kite cube yek..


29-10-2008, sya.anna komen :

kalau tak ada rempah basah, beli yang serbuk. SERBUK MASAK HITAM.. banyak di jual kat pasar2 yg menjual bermacam2 rempah. mcm2 ade.. :)


25-05-2009, Mama Ina komen :

Assalamualaikum. Senang saja nak hilangkan rasa bau atau hanyir, basuhlah daging lembu @ kambing @ ayam dengan tepung gandum. Mudah aje! Kalau ikan, udang atau makanan laut pula gunakan garam kasar. Bukan saja bersih dan suci tapi baupun tak ada. Makan tak rasa was-was. Selamat Mencuba.


23-02-2010, mrsfaizal komen :

our fav food..me n my hubby ske sgt masakan nie..tapi i xpenah try lagi..nampak sng..nanti i try k..


26-11-2010, zainol komen :

salam.nak tanya,rempah tumis tu rempah apa?


03-08-2011, putriazura84 komen :

sy br nk tnya rempah tumis tu rempah apa?? rempah kari ke??


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd