Google+

oleh: kak fida ♥Pau Bakar™

Pau_bakar_enak

Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.Pada yg ingin menukar selera kpd pau bakar drpd pau kukus dan pau goreng.


Created on : 27-10-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi kak fida




Bahan-bahan ( 24 biji )

  • Pastry A :-
  • 300 g tepung gandum - ayak
  • 125 ml air
  • 1 biji telur yg sedang - dikocok
  • 2 sb shortening/crisco
  • 1 sk garam halus
  • (Satukan semua bahan di atas dan uli hingga rata lalu dibahagi 12,bulat2kan dan perap 30 min.)
  • Pastry B :-
  • 200 g tepung gandum - ayak
  • 150 g shortening/crisco
  • 20 g gula powder - ayak
  • (Gaul tepung dan gula,masukkan shortening dan uli hingga rata dan di bahagi 12, bulat2kan dan perap 30 min.)
  • 1 merah telur + sedikit air atau susu cair - untuk disapu atas pau.
  • Bahan2 Inti :-
  • 300 g daging cincang
  • 1 batang lobak merah - potong dadu kecil
  • 3 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 sb halia,bawang putih kisar
  • 1 sb serbuk jintan putih/halus
  • 1/2 sb serbuk lada sulah
  • 1 tin green peas
  • 1 sb tepung jagung
  • sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Sediakan inti dahulu,panaskan minyak dan tumis bawang besar,halia dan bawang putih kisar hingga garing dan masukkan daging,jintan dan lada sulah dan gaul dan masak hingga daging berubah warna.Masukkan lobak merah dan bubuh sedikit garam,kacau dan masak hingga empuk dan kering dan masukkan pula kcg peas dan tepung jagung dan kacau hingga benar2 rata.Biarkan inti benar2 sejuk.
  2. Ambil 1 biji pastry A,leperkan sedikit dan masukkan 1 biji pastry B dan bulat2kan semula seperti bebola.Buat hingga kesemuanya habis.
  3. Canai bebola memanjang sedikit dan gulung dan canai lagi dan gulung.
  4. Doh yg digulung,dikerat 2.Bekas yg dikerat diterlungkupkan ke bawah.Canai bulat dan isi inti dan diponcotkan.Buat hingga habis, susun atas dulang pembakar dan biar bahagian poncotnya diatas.Sapu merah telur dan bakar hingga kuning keemasan atau hingga kelihatan garing.
  5. ***Cara2 menyediakan doh pau ini lebih kurang sama seperti mmbuat karipap pusing.

Tag

kuih-muih








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

27-10-2008, sunkist komen :

rajin la kak fida ni.. tiap2 hari msk yg best2 :)


27-10-2008, noraida komen :

hai kak fida apakabar so long tak dengar cerita ,knapa tak d a gambar


27-10-2008, kak fida komen :

salam sunkist,tk de lah hari2...nk msk pon tengok mood jugak,pau bakar tu dh 1 minggu lepas akak buat,baru ni dpt antar kt MR...cubelah...tq...


27-10-2008, kak fida komen :

kabar sihat2 alhamdulillah..mudh2an aida pon begitu jugak...resipi akak dh sertakan dgn gambar skali...harap2 aida cubelah ye...tq...


28-10-2008, myra_zeera komen :

Kak fida, doh tu kene uli sampai lembut k atau cukup setakat tak melekat kat tangan j?


28-10-2008, kak fida komen :

myra,klau boleh k2nye skali sbb pas tu nk dibulat2kan.....tq...


28-10-2008, iezamel78 komen :

emmmm.. resepi yg menarik...


18-01-2009, ann melati komen :

creative la k.fida nie


18-01-2009, kak fida komen :

salam iezamel78 dan ann melati...cubelah...resipi yg mudh jer...tq.....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu