Google+

oleh: Khayatee Nasi Goreng Seafood

No picture

Versi sendiri sebab boleh letak banyak seafood.


Created on : 26-10-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi Khayatee




Bahan-bahan ( 3 mangkok nasi )

  • 10 keping kapis / scallop ( potong dua...jika suka sekeping2 pun ok gak)
  • 20 ekor udang (buang kulit & tinggalkan ekornya)
  • 1 ekor sotong yang sederhana besar ( belah dua dan potong ikut suka besarnya)
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 cm halia (cincang halus)
  • 6 biji cili padi di tumbuk sederhana halus ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam, lada sulah, sedikit gula jika suka
  • 1 sudu makan perencah nasi goreng cina
  • minyak untuk menumis
  • 1 biji telur, daun bawang & daun sup yang dihiris

Cara-cara

  1. cuci semua seafood dan masukkan dalam mangkok. Campurkan serbuk lada sulah, 1/4 sudu teh gula, sos tiram. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau.
  3. Masukkan seafood yang diperap tadi. pastikan apinya besar (untuk seal seafood & dalamnya tidak terlalu kering)
  4. masukkan nasi, garam, serbuk nasi goreng cina dan gaul rata. Rasa ramuannya. Bila sudah puas hati, ketepikan nasi keliling kuali supaya tengah kuali kosong. Pecahkan telur dan kacau2 sedikit. Gaulkan telur dan nasi. Goreng hingga semuanya rata dan tidak terlalu lembab. Akhirnya masukkan daun bawang dan daun sup. Gaul dan tutup api. Bolehlah dihidangkan......... Selamat mencuba

Tag

nasi








Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (1)

10-11-2011, x thu komen :

nanti ptg nk cuba lu, tgok cmne sdp x.......


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu