Google+

oleh: fatabello Udang Galah Masak Lemak Cili Api

001

masakan bersantan. lauk utama.


Created on : 14-10-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi fatabello




Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 6 ekor udang galah (dibersihkan)
  • 4-5 biji bawang merah rose
  • 3 biji bawang putih
  • 1 bawang besar
  • 3 biji cili api
  • 1/2 sudu kecil ketumbar biji
  • 2 batang serai
  • sayur kacang buncis atau kacang panjang
  • tomato
  • minyak masak untuk menumis dan air
  • 3 sudu besar santan
  • sedikit isi kunyit hidup

Cara-cara

  1. kesemua 3 bahan pertama dan isi kunyit ditumbuk sampai lumat setelah tu masukkan cili api dan ketumbar biji dan tumbuk sekadar pecah sahaja. serai dititik.
  2. ambil sedikit bahan yang ditumbuk dan gaulkan pada udang. perap sekejap. panaskan minyak untuk menumis tu, dalam 2 sudu besar je cukup. kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sampai wangi dan setelah tu masukkan pula udang. kacau lagi supaya tumisan kita tidak hangus.
  3. kemudian masukkan air sekadar tenggelam udang-udang tu. jangan banyak sangat melainkan kalian nak kuah yang cair. biar menggelegak, kemudian tambahkan garam secukupnya. kalau suka rasa masam-masam skit bley tambah sedikit asam keping. tapi dalam resepi ni saya tak bubuh.
  4. masukkan pula sayur kacang (ini bergantung kepada selera kalian). tak mau bubuh pun tak pe. biar seketika barulah masukkan santan. kecilkan api, kacau selalu. masukkan tomato yang dipotong ikut kesenian masing-masing dan tutup api.
  5. tambah cili api beberapa biji kalau terasa kuah kurang cukup pedas, haaa apa lagi, gigitlah cili api tu!








Laporan Masakan Bergambar (3)

Udang_galah_masak_lemak
21-12-2008
hi, bello.. tak letak beans tu sbb takde... sedap rasa ketumbar dlm masakan ni.. merci :)
Laporan oleh: sunkist

sunkist, kemain lagi besaunye udang u berenang2 tu ye...hehe thanx kerana menyukainya.

Udang_masak_lemak_cili_api
21-12-2008
bello..menu yg menyelerakan utk lunch ari ni.. kemain lg hb makan bertambah2..tq 4 da resipi..
Laporan oleh: as75

as75, terima kasih juga. i sendiri makan smpai lupa org belakang, udang galah plaknyer....huuuiii...sapa lambat tak dapat! hehh

Image463
14-11-2009
Marvellous...try it today for lunch...nilah pertama kali masak udang galah...thanks fatabello for the recipe!
Laporan oleh: ila_1804

Komen (17)

14-10-2008, sya.anna komen :

hai bello..kalau guna udang laut dapat jugak ke?tengok gambar cam best je.. ade masa kite cuba k..


14-10-2008, chepora komen :

kalu kita masak suke letak daun kunyit ngan serai..bg wangi..


15-10-2008, zhiela_85 komen :

fuhhhh...sedap nih...lm gak dah x mkn udang...teliur den d buatnye....


16-10-2008, cindai04 komen :

bello, nak tanya lah mcm mana kuahnya jadi kuning ya? tak ada pulak letak kunyit hidup atau serbuk kunyit? time kesih ya...nak cuba lah nampak selera sgt


17-10-2008, umira_mira komen :

dah cuba semlm... memang sedap


20-10-2008, sya.anna komen :

cindai04, mungkin bello masih biz tak.. utk kuah nampak menarik, BHN2 yg hendak D tumbuk, masukkan sesudu teh serbuk kunyit dan sesudu teh serbuk kari.. tu petua dr mak kita.. dan lebihkan sedikit minyak dr biasa.. selamat mencuba...


20-10-2008, sya.anna komen :

kat bintulu sarawak nie lom ada udang yg besar2.. kita guna udang biase je. udang laut pun ok...


22-10-2008, cindai04 komen :

thanks sya.anna , saya dah cuba memang menjadi he he...tapi kita guna serbuk kari ikan ok ke?


23-10-2008, fatabello komen :

assalamuaalaikum. terima kasih kepada semua commenter. to sya.anna: boleh aje udang ke, ketam ke. bantaaaaaiiii.... to chepora: ye chepora (eii..macam nama jiran saya je ni..). tapi takde daun kunyit plak time mmasak ni. hehe serai saya bubuh. to zhiela_85: try..jangan tak try... to cindai04: ye cindai, saya guna kunyit hidup. MAAP SESANGAT sebab missing dari resepinya. yg lelain, sila take note ya. to umira_mira: dah cuba? alhamdulillah...citarasa memasing lah ye, kalau ada kurang rasa, sila tepek komen disini. to sya.anna: terima kasih kerana tlg jawab bg pihak saya untuk cindai04. to sya.anna: udang laut gred AA tu ada kot?? boleh laaaa....heheh


21-12-2008, as75 komen :

menu kita sama la sunkist.. tq bello atas resipi yg sedap ni..nanti kalau free as antar laporan masakan..


21-12-2008, sunkist komen :

ye ke as?? aikk sama lak kita ye.. post la gambar tu as.. nk tgk gak rupa udang lemak as tu.. ;)


17-05-2009, miss annyss komen :

cukup ke cili api tu 3biji je? cm xpedas je nanti..


12-07-2009, yin cute komen :

best nyer..


17-08-2009, liliyaya komen :

heee. mintak izin nk copy ye..


28-08-2009, mappin komen :

thanx bello..semalam dh cuba buat buat buka..mmg sedap..


21-04-2011, ummirasyiqah komen :

teringin la pulak..2 bln lps dh masak..udg galah mahal beb,sekilo RM20


19-06-2011, sue5696 komen :

syiqah kat sini udang sungai pahang temerloh rm80 sekilo sekarang ne..tapi sedap sgt..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu