Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com
Sambal kacang berdaging

Resepi Sambal kacang berdaging

 Submitted By On 26 November, 2006
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Sesuai makan dengan nasi himpit

Ingredients
  • 1/2 kilo daging lembu yg berlemak dipotong kecil
  • 2 btg serai, 7 ulas bwg merah, 3 ulas bwg putih, 1/2 inc halia, 1/2 inc kunyit hidup, 1 inc lengkuas.....semuanya dikisar halus
  • 15 tangkai cili kering dikisar bersama 1 inc belacan
  • 2 cawan kacang tanah digoreng tanpa minyak, buang kulit & ditumbuk kasar, kalau suka boleh campur dengan kacang gajus
  • 5 sudu besar gula merah, 1 sudu besar gula pasir, 1 cawan air asam jawa, 1 cawan santan, garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis & 1 btg serai diketuk
Instructions
  1. Bersihkan daging berlemak yang telah dipotong kecil

  2. Panaskan minyak & tumis semua bahan kisar(tak termasuk cili kering) sehingga naik bau! Dah naik bau baru masukkan cili kering kisar & serai yg diketuk..kacau2 & biar hingga pecah minyak

  3. Masukkan daging berlemak & kacau sebati, masukkan 1 cwn santan & kacang tanah yg dah ditumbuk kasar...kacau2 & biar mendidih atau hingga daging empuk

  4. Masukkan air asam jawa, gula merah, gula putih & garam secukup rasa..jika terlalu pekat tambah air atau santan cair ......perlahankan api & kacau2 sehingga mendidih

  5. Rasa masin, manis & masamnya, jika kurang tambahkan mengikut kehendak. Dah siap!, boleh la hidang dengan nasi himpit

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All
Comments