Google+

oleh: blackjack Maggie goreng

Meegoreng

maggie goreng perisa kari


Created on : 25-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi blackjack




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 peket maggie perisa kari
  • 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
  • 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.
  • 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
  • 2 cawan air
  • minyak untuk menumis
  • utk hiasan:
  • - daun bawang
  • - bawang goreng
  • - cili merah

Cara-cara

  1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
  3. Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
  4. Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
  6. Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
  7. Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias. Makanlah panas-panas.

Tag

maggie mee








Laporan Masakan Bergambar (6)

Image246
09-02-2008
best sgt resepi nie...sekali sekala bertukar selera kepada maggie goreng...:)
Laporan oleh: myzaza_ez
Magie
29-02-2008
he,he, he, time taka ada apa2 bhn melain kan magie, telur dan sayr sawi kat umah, ok, cepat dan menyelerakan
Laporan oleh: sofinar
Dscn1061
23-05-2009
Maggie goreng yang best dan berkhasiat... lebihkan sayur and tambah telur... :D
Laporan oleh: tfsalihah
Megi1
05-11-2009
lamaaaa tingin nk makan! thnx yer!
Laporan oleh: hana6877
Pict0563
27-05-2011
Megi Goreng "O"
Laporan oleh: AmieNN
Dsc05518
04-10-2013
hihi..yg nie kite punye..sesekali layan maggie,masuk apa yg ada dlm esbox..tq blackjack..
Laporan oleh: k.zila66

Komen (16)

27-11-2006, heldamelissa komen :

memang best..selalu gak buat cam nie..:)


18-12-2006, annur_haifa komen :

suka buat murtabak maggie...masa blaja kat matrik dulu...siap jual lagi. semestinya laku...student slalu lapar. mana-mana makanan yang panas memang jadi rebutan...


27-01-2007, mohdshafie komen :

annur_haifa, macam mana nak wat murtabak goreng tuh?


23-04-2007, lori_terbalik komen :

mcm sedap je.. tapi kalau maggi ape2 pun sume sedap... hehehe...


04-05-2007, idrawirda komen :

ok gak recipi ni leh la saya habiskan stok maggie kat umah yang dah nak expire... heheh


12-09-2007, kaktoti komen :

Sedapnye kalau bubuh udang sikit.


20-06-2008, chame_1105 komen :

mesti sedap ni... ringkas je ...


27-05-2009, manjasayang komen :

wah...mmg sodap sngt nk cuba nnt


01-06-2009, fieza@adam komen :

wah selera sangat tengok,x sabar nak cuba....


12-06-2009, indra komen :

hiiii..semalam i masak maggi goreng ini husband i kata sedap lahhh...


09-07-2009, yaniekimie komen :

saya tak pernah masak tapi hari nie saya nak cuba masak...saya akan mencubanya...


13-07-2009, qied's mummy komen :

hermm mmg nmpak sedap sgt lah terus lapar... nnti saya mesti cuba.. tq..


25-08-2009, iefa_nabil komen :

buat utk sahur karanglah..huhuhu


04-10-2009, azizie komen :

memang best r murtabak maggie.... skali skala tukar selera...


22-01-2011, mohd syaful komen :

hey kenapa aq wat meggi goreng x sedap nie???


27-04-2011, myrara hana komen :

hihi, bru je buat td. utk sahur. 1st experiment. alhamdulillah sedap la jugak :) cume ade ubah suai sikit steps dy. -rendam dulu megi dalam air panas sekejap(jgn lembik sgt) -toskan, pastu baru masuk dlm kuali.


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu