Google+

oleh: siti_khuzaimah78 Lemang Perantau Perth

Lemang1

Masakan tradisional Melayu setiap kali Hari Raya...kaedah penyediaan yg berbeza disesuaikan mengikut tempat & keadaan.


Created on : 09-10-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi siti_khuzaimah78




Bahan-bahan ( lebih 20orang )

  • • 1 kg Beras pulut • 1 ½ liter santan pekat • ½ liter air • Garam secukupnya • Daun pisang secukupnya • Aluminium Foil

Cara-cara

  1. 1. Basuh dan rendam beras pulut (anggaran masa pagi ke petang ler) 2. Toskan beras pulut. 3. Sediakan kukusan, kukus beras pulut (letak pulut di dalam Loyang) kira-kira 10minit (tanpa santan – first round) 4. Dalam masa yg sama, sediakan santan (santan pekat dicampur dgn air & garam secukupnya), bahagikan santan kpd 3 bahagian. 5. Keluarkan beras pulut, gaul rata 1 bhgn santan dgn beras pulut. Kukus semula kira-kira 10minit 6. Ulang proses yg sama (gaul santan dgn pulut) sehingga habis santan &; beras pulut masak rata. 7. Daun pisang di layurkan di atas api secukupnya. 8. Letakkan sedikit pulut yg telah dikukus tadi diatas daun pisang, mampatkan & gulung (#jalur daun pisang sama spt kita wat lemang bakar – bila daun pisang da dilayurkan diatas api, maka senang nk digulung daun pisang tersebut)- kalau boleh jgn terlalu tebal, sedang elok spt lemang bakar ler 9. Selesai menggulung, satu bhgn hujung daun di lipat (mcm lipat pengat pisang pun ok), manakala di satu bhgn lagi, cuba mampatkan isi lemang tu (sebijik mcm wat lemang bakar ler) then bila da rasa isi lemang tu da elok mampatnya, lipat lagi satu bhgn hujung daun. 10. Kemudian balut dgn aluminium foil a. kalau pengukus anda besar, elok kiranya dikukus semula lemang yg telah digulung kira2 dlm 10 minit b. jika tidak, terus masukkan kedalam oven untuk dibakar pada suhu 150-170dc. 11. Bakar di dalam oven kira2 dlm 2jam (bergantung kpd anda, jika nk lemang byk kerak, bakar lebih lama)








Laporan Masakan Bergambar (1)

Pa110230_1_
16-10-2008
tak sempat bakar & ter over kukus, lemang lembik skit tp sedappp! ;-)
Laporan oleh: liasari

terima kasih liasari sebab sudi mencuba...sedapkan, boleh ler buat selalu lepas ni, tak perlu tunggu hari raya ajer ;-)


Komen (11)

09-10-2008, jann komen :

kenapa tak ada bhn2 n cara2nya,cuma ada gambar je


09-10-2008, siti_khuzaimah78 komen :

baru nk isi bhgn bhn & cara...tak sempat lagi komen da masuk...cepatnyer...


09-10-2008, liasari komen :

ermmm...mana resipinya???


09-10-2008, shafea komen :

salam ok gak, kira lemang modenlah ni bakar dlm oven proses pun lebih kurang sama cuma kena kukus je dulu beras pulut tu,,, satu idea kalau dok di perantauwan, x musin raya pun boleh gak buat sdiri cam ni.. thank's siti


09-10-2008, quinnie komen :

eh bagus la resepi ni..kalau tak duk perantauan pun leh cuba gak..kita kalau duk kat bandar ni pun bukannya boleh bakar lemang kat rumah..cara ni bagus...tak yah guna buluh...nak cuba lerr


10-10-2008, tulip77 komen :

salam k.ct ;) br join MyR yer....bagus lar akak share resepi lemang perantau nih kat sni...senang lar yg dok kat luar takpun yg malas nk melemang leh buat mcm nih ;)


11-10-2008, siti_khuzaimah78 komen :

salam shafea, quinnie, & tulip77...resepi ni mudah aje, alternatif utk lemang bakar dlm buluh. Bukan senang nk dpt buluh skrg ni tmbh2 kat perantauan ni, bukannyer ada buluh. Da tu bukan bole bakar sebarangan, nnti org kata pembakaran terbuka plak...haru jadiknyer...Cubalah dulu, then bg komen yer, sedap ke tak sedap...


11-10-2008, siti_khuzaimah78 komen :

liasari..dpt tak resepinyer???


16-10-2008, liasari komen :

siti, dah dpt...dah buat pun last week. sedap sangat... dpt byk so my doter makan 2 days in a row for bekfast, lunch & dinner!!! puas hati! tapi x dpt nak tempek pic, everytime log in asyik kena tendang jer


05-01-2009, shaary komen :

jaga api boleh besar tapi jauhkan nanti hangit plak guna hanya buluh lemang nipis jangan hentak banyak kali nanti padat batat sekali je masa dekat nak masak kalau sebelum tu tekeluar nasib la sapa suruh isi telampau penuh 9 per sepuluh bahagian je beras santan boleh sampai penuh pandangan saya x kerak lagi sedap sebab bila kerak keras dan liat sakit gigi dengan gusi nak kunyah hampir nak masak masukkan je buluh dalam bara jangan lama lebih kurang 2-3 saat je just tu confirm masak pusing pusing tu wajib mula mula every 10 minit lepas tu 5 minit lepas tu setiap minit untuk sekata heat kat batang lemang jadi pulut tu masak sekata tak le ada yang hangit ada yang antah tak masak ok


28-02-2010, LonelyAzie komen :

alahai lamenye nk tunggu.......... (setahun hanya sekali kita menikmati lemang ini) lagu yg telah diciplak


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu