oleh: memmetlenggeng Coleslaw

Dsc00234

penah makan coleslaw kenny rogers tak? resepi ni ada rasa seakan-akan atau hampir 95% sama macam kenny rogers punya. senang pulak nak buat sebenarnya tuh


Created on : 06-10-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi memmetlenggeng




Share


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • kobis putih (sederhana besar ) separuh
  • kobis merah 1/4 dari kobis putih
  • lobak merah 1/4 dari kobis putih
  • bahah-bahan dressing :
  • sos coleslaw dressing ( jenama ladys choice adalah yang digunakan kebanyakan restaurant), satu botol kecil
  • celery seed ( boleh didapati dari supermarket, pasaraya cold storage paling banyak menjual rempah ratus @ brg2 masakan barat dengan harga yang berpatutan)
  • daun bawang 3 tangkai
  • bawang holland ( kuning ) separuh

Cara-cara

  1. hiris semua sayuran nipis-nipis
  2. daun bawang dipotong-potong kecil ( 5 mm ) melintang, bawang holland dipotong dadu
  3. masukkan daun bawang, bawang holland dan 1/2 sudu teh celery seed kedalam sos coleslaw dan gaul rata. Lebihan dressing ini boleh disimpan didalam peti ais sehingga seminggu lebih, dengan syarat disediakan dlaam keadaan bersih, disimpan dalam bekas yang bersih dan ditutup sempurna
  4. masukkan sayuran kedalam bekas besar, campurkan dresiing dalam dua susu besar,dan gaulkan rata, kemudian tambah lagi dua sudu dan gaul rata..
  5. tips : tujuan dressing dimasukkan berperingkat kerana, pada kali pertama anda menggaul anda akan mendapati salad ini sangat kering seolah-olah dressing sangat kurang, sebenarnya membuat colesalw pengaulan bahan mesti dilakukan dengan sekata dan banyak kali kerana jika terlebih dressing, coleslaw akan menjadi sangat lembik. setelah digaul rata, barulah anda boleh menilai samada ingin menambah dressing lagi atau tidak. selamat mencuba !
  6. tips 2 : kobis merah perlu dicuci dan diperah selepas dihiris untuk mengelakkan warnanya turun(supaya coleslaw sentiasa menarik). Cuci dan perah 2-3 kali.

Tag

salad


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (2)

08-10-2008, aa_iezah komen :

??


09-05-2009, twe_eyna komen :

nice!!!!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu