oleh: sofinar Daging tumbuk masak kicap

Daging_tum

resepi kegemaran ku semasa kecil.... apatah lagi dimasak oleh bonda tersayang


Created on : 03-10-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi sofinar




Share


Bahan-bahan ( 6 -8 orang )

  • 300g daging lembu - di hiris 1 - 1.5cm tebal
  • 2 ulas bawang putih di ketuk biar pecah
  • 6-7 ulas bawang merah - dijadikan bawang goreng
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk halus
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 4 tangkai cili kering- digoreng dahulu
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 2 cm belacan
  • asam jawa sebesar ibu jari diperah airnya
  • minyak untuk menumis, garam dan gula

Cara-cara

  1. daging di rebus hingga empuk. kemudian ditumbuk dengan lesung batu, biar agak nipis, jgn tumbuk sampai hancur pula.
  2. perap daging tumbuk dgn kicap pekat, lada hitam dan air rebusan daging, ikut la jika air rebusan tu byk sgt tak perlu ambik semua. perap lebih kurang 30 minit,
  3. cili kering, belacan dan jintan manis ditumbuk bersama
  4. panaskan minyak untuk tumisan, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan bahan yang ditumbuk tadi, gaul2 sekejap masukkan daging yang diperap tadi, masuk daging dulu , gaul biar rata baru masuk bahan dan air perapan tadi
  5. masuk air asam jawa, masak hingga agak pekat, masuk gula dan garam secukup rasa.
  6. tutup api dan tabur bawang goreng, gaul2 sekejap, boleh la dihidang

Tag

daging


Laporan Masakan Bergambar (13)

Img_6582
03-10-2008
sblm ni penah jumpa resepi nih..tp nmpk rumit nk buat...bila tgk k.sofi nyer resepi nmpk mudah! so nih la hasilnyer...alhamdulillah sedap! lg byk bwg goreng lg sedap! mekasih k.sofi! slamat ari raya! :)
Laporan oleh: hana6877

waduh kamu memang pantas hana... selamat hari raya, maaf zahir dan batin, tima kasih sudi mencuba

Daging_tmbuk_kicap
24-11-2008
Akhirnya tcapai gak hasrat nak try resepi nih..selalu je tertangguh.hehe..Mmg berbaloi setelah bergelumang dgn lesung batu menumbuk daging..rasa dagingnye mmg sedap n sebati.tQ so much ! ;)
Laporan oleh: HaSue

tima kasih kerana mencuba.... jgn serik untuk menumbuk lagi :)

Snv30704
26-11-2008
Sedap... buatnya ambil masa.. makannya tak sampai lima minit dah habis.. hehehe. Ubah sikit cara masak, jadi lain rasa masak kicap ni yea. Thanks sofinar.
Laporan oleh: aludra

yang penting sodap ye aludra.... tq sudi mencuba resepi ku ini

Daging_tumbuk_masak_kicap
13-12-2008
Sempena raya korban ni byk pula stok daging.Ini salah satu resipi yang dicuba...sedap...daging menjadi lembut dan sebati ngan bahan perapan....Lain kali boleh buat lagi...
Laporan oleh: Nenie

tq ninie.... selamat hari raya aidiladha

Dsc_1748
26-01-2009
dah buat beberapa kali.......memang sedapppp,husband suka sangat.tq share resepi.
Laporan oleh: zaina

hb pasti semakin sayang, tq sudi mencuba

26012009626
03-02-2009
sedap. berbaloi menumbuk sampai lenguh tangan. thanks sofinar
Laporan oleh: baya74

tumbuk jgn tak tumbuh..... yang penting sodap dimkn... tq

Paru
03-02-2009
Gantikan daging dengan paru..Ampun Fiza sebab menderhaka..tp resepi mu ini memang sedap...
Laporan oleh: Mummy7857

boleh juga ye masak pakai paru.... tahniah resepi dah jadi semakin kreatif

Daging_tumbuk_masak_kicap
01-12-2009
sedapnye......time kasih sofinar.. :)
Laporan oleh: nOOrsha

tima kasih kembali kerana sudi mencuba

Picture_007
14-01-2010
tq sofinar..mmg sodapppp...
Laporan oleh: junjs11

selamat menjamu selera....

Img_3730
11-03-2011
mmg sedap dh dua kali adia wat sbb ank2 suka..
Laporan oleh: adia

tq cuba

Daging_tumbuk
09-04-2011
dh jd resepi wajib ni..klu ada stok daging pasti buat..hubby mmg suka..sy lg la suka..hiihi
Laporan oleh: saida_wati

saya pula yang lama tak buat.... tahniah jadi

270954_2220665236412_1241117860_32731562_7120819_n
27-06-2011
saya dah cuba buat....
Laporan oleh: aizahana

amacam???? ada terangkat?

Dscn1525
25-01-2012
Maaflah gambo tak berapa clear..em sedap..membuka selera.tq kerna sudi kongsi resepi..caranya ala2 daging dendeng..
Laporan oleh: Resepi2011

tq sudi mencuba.....


Komen (6)

04-10-2008, cekintan komen :

sofinar...kebetulan semalam ada tetamu nak datang kerumah...kak intan masak resepi ni untuk dimakan dengan ketupat...memang sedap....tapi kak intan tak la pulak guna lada hitam/jintan manis..cuma lebihkan cili kering je....hari ni kena beli lagi sekilo daging...anak2 tak puas makan...suruh masak lagi...


05-10-2008, sofinar komen :

cuba letak lada hitam dan jintan manis tu k intan pasti terangkat..... cubalah


05-10-2008, quinnie komen :

wah..sofi..resepi dihari raya...tak rugi kalau cuba ni..mesti best...selamat hari raya aidilfitri buat sofi sekeluarga..


19-11-2008, HaSue komen :

huhh..tgk gamba pun dah tau mesti sedap..iskh2,lapoo..daging masih beku dlm sink tuh.huhuu..


06-01-2009, siha komen :

cili kering,belacan n jintan manis bersama tu nak watpa?? kena tumbuk dulu gak k??


03-12-2010, roseyie komen :

ttq... banyak2 saya punye stok daging dalam peti pun masih banyak, so resipi nie akan membantu saya menghabiskan stok bahan mentah he2


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu