Google+

oleh: joyah Apam Balik Crunchy

Ab5

Resipi dari internet, but dah diubah suai sedikit, mengikut citarasa tekak sendiri.


Created on : 24-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi joyah




Bahan-bahan ( 4 orang makan petang )

  • 170gm tepung gandum - bancuhan kulit
  • 100gm tepung beras - bancuhan kulit
  • 30gm tepung jagung + sedikit air - bancuhan kulit
  • 2 sudu teh baking powder - bancuhan kulit
  • 1/2 sudu teh baking soda - bancuhan kulit
  • 1/2 sudu teh garam - bancuhan kulit
  • 2 biji telur ayam besar- bancuhan kulit
  • 1 sudu teh vanilla essence - bancuhan kulit
  • 6-7 ozs air - bancuhan kulit
  • 150 gm gula pasir - inti
  • 120 gm mentega cair - inti dan untuk sapu supaya kulit tak melekat
  • 1 1/2 cawan kacang tanah tumbuk - inti
  • 1 cawan jagung ( saya guna creamy canned corn) - inti

Cara-cara

  1. Ab1
    Sapu mentega cair atas kuali,supaya kulit apam balik tak melekat. Tuang 1/2 senduk besar bancuhan di tengah2 kuali dan pusing bagi rata.
  2. Ab2
    Bila dah rata (bancuhan jangan tebal sangat ) boleh masukkan gula, kacang tumbuk, jagung dan mentega 1/2 - 1 sudu teh.
  3. Ab3
    Bila kulit tepi dah garing, boleh angkat dan terus lipat.
  4. Pastikan tutup adunan dgn penutup periuk di atas dapur, semasa menunggu masak.Selalunya masak sekejap saja, dalam 2-3minit.
  5. Bahan untuk adunan saya guna blender saja untuk adunkan semua sebati. Selepas blend,saya guna penapis untuk tapis yang tidak sebati dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 3 jam sebelum masak. Tapi saya tinggal semalaman, keesokanny baru buat. Resipi ni boleh buat untuk 15- 18 keping apam balik crunchy.

Tag

apam









Laporan Masakan Bergambar (1)

Apam_balik
27-02-2011
hoho..lagu ni rupa dia mase 1st time buat..kulit mmg tak rangup..ni dh mcm lempeng je..huhu..org ckp klu pkai kuali tembaga blh dpt kulit rangup..betul ke?
Laporan oleh: KebunSerai22

Komen (16)

24-09-2008, memmetlenggeng komen :

mana nak cari tuang tu? guna kuali je boleh tak


24-09-2008, Ayu61279 komen :

memmet...klu takde kuali khas tu....guna frying pan pun takpe.


25-09-2008, yumna komen :

joyah thanx.. i suka sgt kuih ni.. ms kat mesia selalu beli kat pasar mlm sekeping 50 sen.


25-09-2008, joyah komen :

Tx Ayu61279, betul.Kalau takada kuali apam balik, blh guna pan biasa.Sama saja method buat dia.Kebetulan jumpa kuali apam balik di Jln Raja Bot ,jadi saya beli. Resipi ni mudah dan sedap makan semasa panas panas,jangka masa untuk siap 5 minit,so sambil2 minum teh petang boleh buatdan makan terus.


25-09-2008, joyah komen :

Tu lah kan Yumna, dah jadi perantau,baru rajin nak try buat sendiri kuih mcm ni. Now I nak try buat apam balik yang tebal.


28-09-2008, mike91@yahoo.com komen :

mm......... nampak sedap....... maybe i nak try buat.......!!!


28-11-2008, sofieza komen :

sy dah buat bancuhan.cadang nak buat esok.adakah bancuhan tu likat mcm adunan cekodok?klu ikut sukatan joyah, 6-7 oz air,tp sy letak 8.adunannye mcm kite wat cekodok tu,likat...


27-12-2008, mardi komen :

salam joyah, mana cara nak bancuh kulitnya? tlg tlis skit.


27-12-2008, mardi komen :

salam, joyah mana cara nak wat kulitnya? tlg tllis skit. klau free nak wat gak rasenye. :~/


09-01-2009, nurnikisha komen :

kish pun sama cam sofieza...bancuhan tu jd likat cam cekodok bla ikut sukatan air yg diberi so tambah till 8oz..still likat...try buat...tak jadik cam apam balik pun..so tambah air bg cair skets..still tak jd cam apam balik...hmm..maybe kish tak serasi kot ngan resepi ni...my fault..anyway,thanks


09-07-2009, fadzil_91 komen :

da lama cari resepi ni..skrg da jmpe, nk jgak la try buat..mne la tau klu kot2 mnjadi plak nnti kn..lepas 2 boleh la buat bisnes apam balik sendiri..hehe..thanks joyah..


05-02-2010, lempok komen :

i dah ada dapur apam balik 6 tungku. cuma buat selalu tak jadi.kdg kdg lekat kuali. kalau letak minyak,kulit tak nak licin.lepas 2 tak tahan lama rangupnya.tapi i nak cuba resepi ni pula lah.mana tahu serasi ngan lempok. he he he he...............


09-02-2010, bcb1608 komen :

da lme sy duk carik2 resepi apam balik ni.nmpk cam sdp. nnt lau wat mnjdi,blh la wat jual.. he2!


05-01-2011, quranic komen :

slm...pg esk nk try wt apam balik ikut resepi ni...sy gna kuali TEFAL saiz 24....tq joyah,.=)


12-02-2011, mrs fansuri komen :

salam....akak nk tanya kenapa saya buat apam balik ni kulit dia tk cantik..tk mcm akak kaler coklat dia nampak sekata..saya kulit mcm lempeng jer...huhu...pas tu nk buat bg nipis susah..kena letak byk baru dia leh buat bulat..klu letak sikit dia tk nk jd bulat...ke nk taruk air lg..bg cair...pls jawab kan akak...huhu


27-02-2011, KebunSerai22 komen :

nti testing resepi joyah plok lah..resepi sy buat tu kat intenet takde pakai tepung beras, hanya gandum semata-mata..hehe


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd