Google+

oleh: zureyna Tart Nenas Gulung (Gebu)

Tart_gebu

Kuih Raya wajib tetiap tahun..


Created on : 22-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi zureyna




Bahan-bahan ( 150 Biji )

  • 100 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung jagung
  • 20 gm tepung Kastard
  • 150 gm buttercup/planta
  • 2 biji kuning telur
  • Sedikit Pewarna Kuning Telur & Esen Vanilla
  • Bahan untuk Intinya:
  • Sebiji nenas
  • gula secukupnya
  • Pewarna kuning
  • *Untuk aduan tart.. 1/2 cwan gula halus sudah mencukupi
  • Klik di sini untuk isi bahan

Cara-cara

  1. Pukul Majerin dah Gula sampai keputihan. Masukkan Kuning telur, pewarna kuning dan sedikit esen Vanilla.Pukul sehingga sebati. Masukkan tepung Kastard, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli perlahan dengan tangan hingga sebati.
  2. *Jika adunan terlalu lembut dan melekit , tambahkan sedikit tepung gandum. *Jika adunan terlalu keras tambahkan lagi butter semasa menguli sehingga adunan betul2 lembut.
  3. Setelah siap adunan, gelekkan adunan sehingga rata dan gelek menggunakan pengelek tart untuk mendapatkan corak berbelang. Potong mengikut panjang dan lebar yang disukai.
  4. Letakkan sedikit jem nenas dan gulung. Sapukan bahagian atas Tart Nenas dengan kuning telur yang telah dicampur dengan pewarna kuning. Bakar selamat 15-20 minit pada suhu 150 C.
  5. *Untuk jem, nenas yang diparut dimasak bersama gula dan ditambah pewarna kuning. Masak sehingga nenas kering dan tidak berair








Laporan Masakan Bergambar (2)

Dsc01044
23-09-2009
Salah satu juadah raya tahun nih...
Laporan oleh: diana_8194

hehehe... zu senang gulung je.. teringin nak buat mcm tu..but pemalas mcm zu payah le

Coolpix_003
07-09-2011
pertama kali cuba..menjadi!! sedap hasil dari jem nenas yang dibuat sendiri..
Laporan oleh: kuzie

Komen (12)

24-09-2008, tepungpelita komen :

hmmm


24-09-2008, mko komen :

gula utk jem nenas tu... nak agak banyak mana ya?


06-10-2008, wittypinky komen :

Serious nampak sedap.... hurmmm....


06-10-2008, sunkist komen :

yea, it looks nice.. boleh cuba nanti :)


23-10-2008, eyla5152 komen :

berapa byk gula nya ni??


11-01-2009, zureyna komen :

Gula untuk jem tu terpulang kita...pasal buah nenas yang kita beli tu..kekadang manis sangat..ada yg tak manis... so.. tambah le gula skit demi sikit.. kalau rasa dah manis ok le. Memandangkan adunan tart tak guna gula..elok tart tu manis skit dari gula. nenas tadi akan keluar air, so boleh rasa manis jem tu


16-01-2011, tieha86 komen :

erm.. boleh cuba juga utk taya nanti.. insyaallah..


27-06-2011, oja75 komen :

zu..utk cara no 1 tue..knape awak guna marjerin tapi step no 2 awak kata tambah butter...konfuse la..apa bezanya guna butter n marjerin..


27-06-2011, oja75 komen :

zu saya nak tahu cam na nak dapatkan acuan untuk tart nenas gulung..ada gambar dh tak????...n leh tak awak tunjukkan gambar utk membuatnyer....saya x tahu la..harap sgt pertolongan awak...


27-08-2011, zureyna komen :

sorry oja.. mcm zu majerin ke butter ke.. dedua mana ada je zu guna . but of course le butter lagi best dan wangi. kalau acuan plak. zu guna acuan putu mayung tu... plastik warna koko... bentu mcm handle basikal..keke.. dalam belas2 ringgit kot. banyak acuan bleh buat.. laksa muruk.. memacam leh guna.. ada masa zu ambil pic


07-09-2011, syel komen :

zureyna nk tanye adunan ni leh buat yg tart tekap2 tu ke?mane leceh yg tekap ke yg gulung?saya suke mkn tart tp malas nk buat keje yg renyah2 hehe..tq


24-10-2011, miza0310 komen :

sedap ni.....saya dah buat


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu