Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com
Puding Laici Bersusu

Resepi Puding Laici Bersusu

 Submitted Bymialove On 23 November, 2006
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

sesuai dijamu pada waktu petang atau party-party

Ingredients
  • bahan-bahan puding : 1/2 paket agar-agar ( bukan agar serbuk tau! )
  • 7 tin air ( saiz tin susu pekat manis besar )
  • 1 tin susu pekat manis saiz besar
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 1 tin susu segar ( saiz tin susu pekat manis besar )
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • gula secukup rasa
  • bahan-bahan topping:
  • 1 tin laici ( jangan buang airnya )
  • 1/2 cawan kordial laici
  • gula dan air secukup rasa
Instructions
  1. cara-cara buat puding:

  2. masak agar dengan air sampai hancur. masukkan susu sejat ideal, susu pekat manis, susu segar dan esen vanila.

  3. masak hingga mendidih. selepas itu tuang ke dalam bekas puding ataupun bekas-bekas kecil.

  4. apabila puding sejuk dan keras, tuangkan topping dan sosnya ke atas puding.

  5. cara-cara buat topping:

  6. hiris laici kecil-kecil. masak airnya bersama air, kordial laici dan gula.

  7. masak di dalam periuk ataupun pan sehingga pekat ( jangan terlalu pekat ).

  8. apabila suam-suam kuku, tuangkan ke atas puding yang telah sejuk dan keras itu.

  9. masukkan puding di dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan. Selamat Mencuba!!

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All