Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Roti anpanman

 Submitted Byyanimnor On 18 May, 2006
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

roti inti kacang merah - bread maker

Ingredients
  • 290g tepung roti
  • 200cc susu + telur
  • 15g gula
  • 5g garam
  • 15g mentega
  • 3g yis
  • telur kuning untuk sapu
  • * 230g inti kacang
  • kacang hitam untuk mata. Boleh juga diganti dengan kismis
  • sedikit serbuk koko untuk mulut. Cairkan.
Instructions
  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan pada setiap bread maker.

  2. Keluarkan adunan dari bread maker. Bahagikan kepada 10 bahagian untuk kepala. 10 ketul untuk hidung. 20 ketul untuk pipi. Saiz pipi mesti kecil sedikit dari saiz hidung. Biarkan 20 minit. Tutup dengan kain bagi mengelak dari kering.

  3. Masukkan inti pada bahagian kepala. Tutup dan tekan biar jadi leper. Letaklah mata, hidung dan mulut. Buat sampai habis.

  4. Masukkan dalam oven. Penaik selama 40 minit pada suhu 35-40 degree.

  5. Kemudian keluarkan roti tadi. Sapukan dengan telur kuning. Di samping tu naikkan suhu oven ke 180 degree.

  6. Bakar selama 15 minit.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All