Google+

oleh: najwafathinah Sotong Sumbat Pulut

Lauk___raya_038

Masakan ini ada yang dimasak manis sebagai dessert tapi saya kurang gemar. Resepi ini dari ibu dan kami sekeluarga amat menggemarinya...


Created on : 14-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi najwafathinah




Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 6 @ 7 ekor sotong puteh
  • 5 biji lada hitam (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 10 biji halba
  • 2 hiris halia
  • santan dari 1/2 biji kelapa
  • 250 gram beras pulut (direndam 1/2 jam)
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Sotong dibersihkan dan diambil bahagian badan sahaja.
  2. Isikan beras pulut (jangan terlalu buncit). Kemudian sematkan.
  3. Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian masukkan sotong.
  4. Masukkan juga lada hitam, bawang, halba dan halia.
  5. Masakkan hingga mendidih. Kemudian perisakan dengan garam dan gula.
  6. Biarkan mendidih hingga kuah agak pekat.

Tag

sotong








Laporan Masakan Bergambar (1)

Sotong_sumbat_pulut
14-04-2011
Akhirnya, dpt jugak buat makanan favourite suami dan menjadi..Cuma sy lebihkan halba dan xmasuk lada hitam..thanks ya!
Laporan oleh: nurfazreen

Komen (12)

14-09-2008, taktau_masak komen :

RESEPI DARI IBU KER??? RESEPI NIH SEBIJIK MCM SATU BLOG TUH....TIRU KER??? KALAU TIRU..NGAKU JER LAH......EK ELEHHHHHHH....PAPE NTAH....kalau haku maluuuuuuuuuuuuu beb!!!!!!!!!!!!!!!!!!


14-09-2008, sunkist komen :

hmm mcm sedap je.. masakan ibu mmg best :)


15-09-2008, najwafathinah komen :

taktau kamu ada masalah ke? memang ibu saya yang selalu masak untuk kami sekeluarga.. saya tak rujuk mana-mana blog. Kamu ni buat dosa kutuk2 orang


15-09-2008, aa_iezah komen :

pernah wat gak sotong sumbat ni mmg sedap tp suka sngt manis2.


16-09-2008, najwafathinah komen :

aa_iezah jangan selalu sgt makan manis..


27-05-2009, nini_90 komen :

saya minat ketupat sotong (saya gelar ketupat).. eh eh nape taktau_masak tu kurang asam.. dah la tak tau masak mengada2 pulak..


30-05-2009, najwafathinah komen :

entah la nini.. manusia ni mcm2.. org yg mcm tu memang ada.. tak ada kerja @ habit dah camtu.. suka kutuk org.. perangai dah sebati.. biar la dia.. nanti nini try la masak sotong ni.. la ni cuti sekolah dah mula kan..


13-02-2010, mohd jalaluddin komen :

jangan kutuk orang dosa tau !


04-03-2010, chelin komen :

mmmm resipi ni rata rata lebih kurang je pon so tak de maknanya nak kata copy blog ke tak kalau dah resipi nye camtu, camtu la bezanya pon sikit jer...nak kecoh buat pe kan?


29-11-2010, shaha_mansor@yahoo.com komen :

Bodohhhh dan bangan betul org yg kutuk tu....Tak tau bermasyarakat. Cuba la sikit appreciate org yg sumbangkan resipi tu....


31-12-2010, meltz05@yahoo.com komen :

hubby saya org Dungun. Dia dan anak2 suka sgt mkn sotong sumbat pulut ni. saya org melaka tp tak tahu nak masak sotong sumbat pulut ni....so dpd perkongsian resepi ini amat berguna utk saya try buat....BERJAYA dan sedap kata mereka.....TQVM :-)


09-03-2011, zainidah musa komen :

memang best sotong sumbat ni.tapi cuma resepi mak saya x letak lada hitam .TQVM


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu