Google+

oleh: umifeeza Solok Lada

Solok_lada

Sedap dimakan dengan nasi kerabu.


Created on : 06-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi umifeeza




Bahan-bahan ( 5-8 biji -bergantung saiz cili )

  • 5-8 biji cili hijau
  • 3-4 ekor ikan kembung- rebus ambil isinya
  • 1/2 cawan kelapa parut putih
  • 3-4 biji bawang merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Cili hijau dibelah tengah dan rendam dalam air.
  2. Tumbuk lada hitam,isi ikan dan bawang merah bersama kelapa parut putih. Tapi jangan terlalu lumat.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Ambil cili yang telah di belah tadi dan sumbatkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam cili. Buat hingga habis.
  5. Susunkan cili yang telah disumbat tadi ke dalam periuk dan tuangkan santan. Rebus hingga cili agak layu.
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan

Laporan Masakan Bergambar (8)

P231108_09
23-11-2008

Laporan oleh: arera
P231108_09
23-11-2008
solok lada versi australia..besar2 cilinyer..tapi memang sedap...tima kasih tuan punyer resipi
Laporan oleh: arera

Terima kasih juga kerana cuba.

Solok_lada
03-04-2009
salam umifeeza, 1st time buat memang sedap, myhby suke sgt! tq for sharing ya!
Laporan oleh: as75

Lepas ni boleh buat lagi ya...

Image046
01-06-2009
thanks juga utk resipi ni.. pelengkap kepada nasi kerabu... sedap.. tapi Lia dah tukar pakai ikan selayang la.. mummy x leh makan ikan kembung... maaf ye tuan punya resipi :-) tapi... sedap la solok lada ni :-)
Laporan oleh: rizalia

TQ kerana mencuba. Nak guna ikan apa pun boleh.

___016
22-07-2009
sedap,sedapppp!!
Laporan oleh: are3646

memang sodapppp

Solok_lada__4_
09-01-2011
Salam...Dah dua kali buat..Sedapppp...cuma kali ni terover cook siket...Jadi ladanya terlalu lembut..Apa-apapun intinya tetap sedap..Thanks sudi share resipi kat sini..
Laporan oleh: Nenie
Solok
04-05-2011
dah byk kali buat...sedap sgt...tq atas resepi yg dikongsi....saya nak bagi senang kuarkan biji dia saya celur cili tu kejap....:)
Laporan oleh: quinnie
1321353678854
15-11-2011
hmmm sedap2.... thanks banyak2 umifeeza..
Laporan oleh: yum-yum


Komen (13)

08-09-2008, shaliza81 komen :

umi- kalo stail kita buat kan..isi yg ditumbuk tadi kita masuk kan sebiji telur..gaul sekali..org kata dia bleh lekatkan isi tuh supaya jd kenyal lagik..he..he..mana2 pun bleh..tak kisah laaa..asalkan jd solok lada kan..he..he..


12-09-2008, umifeeza komen :

Betul tu Shaliza, kalau nak cmpur telur pun boleh juga. Sesetengah orang pula, isi ikan yg telah ditumbuk ngan kelapa tu dicampur sedikit tpg untuk mengenyalkan nya.....jnji sedap ye tak...


13-09-2008, syahmi komen :

:(


17-11-2008, Nenie komen :

Dah cuba...memang sedap guna resipi ni...Boleh buat lagi lain kali...Tak sempat nak tayang gambar kat sini...Errrkkk tanya sikit....?Santan tu nanti tak tenggelamkan semua cili tu ke?Saya buat 8 biji lada..so susun bertindan sikit dalam periuk (periuk kecil)...Pasal takut ladanya tak masak,saya tambah kuantiti santan bagi tenggelam semuanya.Bila masak saya keluarkan lada then lebihan santan tu saya letak asing buat kuah time makan...Nak buang rasa membazir pula..


17-11-2008, Nenie komen :

Umifeeza....bab santan time rebus tu,kalau tak tenggelam tak pe ke?Nak balik-balik kan lada tu nanti takut hancur/terkeluar pula isinya...emmmm...kalau tak keberatan boleh tolong terangkan sikit ya...?


03-04-2009, amydanish komen :

sedapnya nampak..dh lama xbuat.solok ni kalau ditambah krisek skit lg best rasanya..aromanya...perut je yang tau


28-04-2010, selamberjer komen :

saya dah try buat...mmm mmg best...anak i pun suka


10-12-2010, annuzmail komen :

saYa suka sngat makan solok nie tapi tak tahu buat..tQ nanti saya cuba Buat..


09-01-2011, Mama dfba komen :

Salam umi..sy pun suka mkn solok lada ni.sllu beli ns kerabu,mesti extrakan solok ni.ni dah jumpa resipi..x yah bli lg.tq 4 da resipi.


10-01-2011, ladygaga komen :

sya mau cuba juga ....


10-01-2011, zuhaileen komen :

mak kite punyer resipi org utara..dia kurangkan kelapa parut tue..lbhkan isi ikan..then dia tmbah kerisik n perah air limau kasturi sikit..x yah letak gula..utk kuah pulak,sama mcm resipi sebelah cuma dia titik kan sbatang serai n letak serbuk kunyit sket..bg ala2 kuah lemak cili padi gitu..aromanyer pon wangi..cube la..


02-05-2011, amyriz komen :

waaa.rndunya dgn solok lada my mum..bg iza guna ikn slyg lg sdp coz isinya manis & byk..lg 1,fmly kta org gunakn isi ikn menth.rasanya lg rasa manis & sdp..iza nk tnya mak la resipi yg sbtlnya & cuba bt.nti iza try upload bla dh bt nti ye


15-11-2011, yum-yum komen :

thanks byk2 umifeeza.. husband i pun suka. yummy! yummy!


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd