oleh: nollyarwen Homemade Marshmallow

Img_1880

Terbukti halal lagi suci. =)


Created on : 06-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi nollyarwen




Share


Bahan-bahan ( 300g )

  • 3/4 cawan air
  • 2 cawan gula
  • 3 sb gelatin
  • 2/3 cawan corn syrup or golden syrup
  • 1 sb essen vanila
  • Pewarna

Cara-cara

  1. Img_1844
    Masukkan 1/2 cawan air dan serbuk gelatin di dalam mangkuk besar. Biarkan selama 10 minit supaya gelatin larut di dalam air.
  2. Img_1845
    Masukkan 1/4 cawan air, gula dan golden syrup ke dalam periuk. Panaskan kesemua bahan sehingga mendidih atau suhu mencapai 120 darjah celcius.
  3. Img_1851
    Pukul gelatin dengan mixer sambil tuang perlahan2 air gula. Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan likat serta naik 2 kali ganda. Anggaran masa selama 15-20 min. Pastikan adunan betul2 pekat dan likat untuk mendapatkan hasil yang bagus.
  4. Img_1856
    Masukkan essen vanila dan juga sedikit pewarna yang disukai.
  5. Img_1841
    Gris kan baking pan, dan taburkan sedikit gula icing
  6. Img_1858
    Tuangkan adunan di dalam baking pan. Biarkan marshmallow membeku selama 12 jam, atau masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Kemudian, potong mengikut saiz yang di ingini.
  7. Img_1884
    Marshmallow boleh disimpan didalam bekas kedap udara supaya lebih tahan lama. Selamat mencuba!
  8. Img_1840
    Tips : Taburkan gula halus semasa memotong marshmallow supaya tidak melekat. Ni adalah contoh golden syrup yang digunakan.


Laporan Masakan Bergambar (1)

Img_1876
07-09-2008
Pink marshmallow, special request dr anak buah.
Laporan oleh: nollyarwen

Komen (12)

06-09-2008, noraida komen :

hai nolly mana rese[pinya


06-09-2008, chepora komen :

nolly mane resepinye...gambar dah menarik dah...


06-09-2008, nollyarwen komen :

maaf, connection slow... harap sabar yer..


07-09-2008, aleez_29 komen :

tumpang tanya, macam mana dia jadi putih macam gambar no 3 tu? memang tak de letak susu ye?


07-09-2008, nollyarwen komen :

hi aleez, marshmallow ni memang x payah letak susu. cuma pukul dgn mixer, dlm masa 15-20 min ia akan jd kembang dan putih, seperti kita pukul putih telur utk buat meringue.


07-09-2008, yatiezaini komen :

????


07-09-2008, aa_iezah komen :

senang jer nmpk nant bleh try ni, anak2 tentu suka, nolly selain dr pewarna bleh buh perisa x?


08-09-2008, nollyarwen komen :

hi iezah, mmg senang pun nak buat marshmallow ni. Kalo nk tambah ape2 perisa pun bley, ikut selera masing2, bley kurangkan essen vanilla dan tambahkan perisa kesukaan. Kalo da buat nnt, jgn lupa hantar komen ye.


08-09-2008, aa_iezah komen :

tQ nolly, insyaallah nant bla2 nk try wat jgak sekali..erm mesti ank2 suka ni xpyah bli lg.


11-09-2008, affy komen :

nak cuba untuk hari raya ni.


31-12-2010, mis_shell komen :

esen vanila pntg x??


25-01-2011, sensei33 komen :

waaa!!!seronok kalo dpt wat neh... ^_^


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu