Google+

oleh: shana Putu Kacang Hijau

Ptkc

kuih raya orang dolu-dolu yang mudah dan jimat kos....


Created on : 03-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi shana




Bahan-bahan ( 1 balang kuih )

  • 1 kg kacang hijau
  • 1/2 kg gula mesin halus
  • acuan putu plastiki atau kayu
  • balang kuih

Cara-cara

  1. Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
  2. Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung besi...kalo tak de lesung guna kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
  3. Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
  4. Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung. Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi pengisaran kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
  5. Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati. Ambil segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
  6. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit untuk mengeringkannya sambil ditutup dengan selendang jarang untuk menghalang habuk. Kemudian boleh dimasukkan kedalam balang kuih....Selamat Mencuba

Tag

kuih raya








Laporan Masakan Bergambar (1)

Ptkc
26-09-2008
Ni pun request dr bonda tercinta, terpaksalah buat, sbb dh cari katbanyak pasar ramadhan takde jual kuih ni. Teknik buat kuih ni masih ingat lagi, sbb masa kecik2 dulu slalu tolong mak buat. Akhirnya berjaya jugak. Thanks Shana.
Laporan oleh: Mummy7857

Komen (8)

03-09-2008, Mummy7857 komen :

wah..dh lama mummy cari resepi ni. Sesetengah orang kata, kacang yang dicampur dengan gula tu kena perap semalaman dalam tempayan dulu. Ada yang kena direnjis dengan air sikit su[paya nanti senang nk tekan..yang mana satu betul yer???


04-09-2008, shana komen :

mummy, buang kulit dulu baru basuh, tapi kena lembap sikit2 baru senang tekan dlm acuan, keluar pun elok je....tapi pengalaman saya tahun lepas, saya mesin terus dengan kulitnya sekali sbb terlupa nak buang kulit...pas tu saya tampi asingkan kulit, dan renjis air guna spray supaya lembap tapi jgn sampai basah, agak2 boleh dikepal dan tekan dlm acuan....kena perap dlm tempayan tuh saya tak penah dengar lagi...


04-09-2008, Mummy7857 komen :

Thanks Shana, nanti leh la mummy buat, tp nk wat cara senang la..mesin dan spray mcm shana tu. :-)


29-10-2008, IbuMai komen :

lesung besi? kalu xde lesung besi blh pakai lesung batu x? hehe...masih baru dlm bidang buat putu kacang ni..


21-08-2010, mr_tisue komen :

hmmmm....sedap biskut nieeeee.kenangan buat dengan arwah mak.


05-08-2011, julia lee komen :

susahnya buat...tapi sedappp...pernah rasa orang punya kuih dulu....bole tak guna tepung kacang hijau yang ada d pasaran tu???


05-08-2011, abdulwahub komen :

xsedap la,,,org dulu2 gigi dah xde,,,,kan,,benda ni la sesuai dgn gusi,,hehehe


23-08-2011, nepi komen :

mak saye suke sgt kuih ni...ingat nk belajar buat la..nk beli kt luar kebanyak kan nya kurang sedap..kuih ni bile masuk mulut terus hancur...tu yang suka tu....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu