oleh: newbie123 Tofu-Tauhu-Tokua

Dsc05220

Orang Kedah panggil Tokua. Terpaksa belajar buat sendiri pasal kat middle east ni susah nak jumpa.Leceh betui. Tak la susah sebenarnya buat tokua ni rupanya. Jom kita buat tokua sendiri..makan tanpa was was. Puas hati buat sendiri sebab kalau beli kat kedai, selalunya diorang letak plaster of paris. Kalau selalu makan tokua, bayangkan plaster of paris dok dalam badan...bahaya beb!


Created on : 01-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1-2 keping )

  • 1.5 liter air soya
  • 1/4 cawan cuka

Cara-cara

  1. Panaskan air soya dalam periuk hingga mendidih
  2. Tutup api. Tuangkan cuka. Kacau sekejap. Tutup periuk selama lebih kurang 5 minit. Air soya akan curdle mcm kat gambar sebelah ni.
  3. Dsc05218
    Ambik bekas plastik yg berlubang tepi dan bawah dan lapikkan dengan kain kasa. Saya guna plastik berlubang tapis sayur jer. Kalau nak tokua bentuk empat segi, gunakan bekas yg berbentuk 4 segi ok.
  4. Tuangkan soya kedalam bekas tadi. Air akan keluar melalui lubang bekas ni. Lipatkan kain kasa untuk tutup tokua tadi. Tindankan buku tebal 2,3 buah keatas bekas tadi untuk mengeluarkan semua air.
  5. Tokua siap lebih kurang 20 minit. Kalau nak keras lagi, tindan dengan buku lebih berat sikit dan lebih lama sedikit. Lepas tu, bolehlah digoreng dengan sayur :)
  6. NOTA: Resipi ini akan menghasilkan semangkuk tokua. Kalau nak lebih alang alang dah buat tu, sila double or triple resipi ni. Selamat mencuba.

Tag

sayur




Laporan Masakan Bergambar (1)

Image_236_
14-09-2008
Sy cuba 1/3 dari sukatan asal. Jadi juga. Seronok la dapat buat tauhu sendiri. Thanks newbie.
Laporan oleh: som e one

Senang kan...lepas ni dah boleh buat sendiri :)


Komen (16)

01-09-2008, nisadhia komen :

salam...nak tanye ini resepi nak wat tahu tu ker???saya kat middle east gak.slalu order ngan Indonesian jer...


01-09-2008, yatiezaini komen :

newbie, soklan sama ngan nisadhia gak .. ni resepi wat tauhu yer ?? satu lagi apa tu plaster of paris .. sori yer mmg x tahu nih ..


02-09-2008, Ringo komen :

newbie123, bukan ker yang digunakan dalam tofu tu serbuk gypsum(nama lain untuk plaster of paris)? serbuk gypsum adalah sejenis mineral. banyak digunakan dalam kanpo(traditional chinese medicine). just for information, most of tofu kat jepun, diorang guna "nigari" in japanese or "lushui" in chinese, sejenis extract yang terhasil dalam proses membuat garam dari air laut. nama dlm chemical compounds adalah "Magnesium chloride" MgCl2.


02-09-2008, newbie123 komen :

nisa dan yatie..betul la tu resepi buat tauhu tu la. Ringo, betul la tu ada yang pakai nigari. byk juga yang pakai magnesium sulphate (plaster of paris). yatie, plaster of paris tu sejenis cement plaster. kalau tangan patah kena, nak buat mold tu guna plaster of paris tu la. Saya sejak baca buku anthony robbins pasal tauhu ngan plaster of paris ni,dah berenti beli kat kedai. pasal tak sure apa depa pakai. buat sendiri lagi puas hati. try lah bila ada masa!


02-09-2008, Mummy7857 komen :

Betul tu newbie, mummy pun tgk dalam discovery kat astro diorang guna plaster o paris ni dalam pembuatan tauhu. Bila cakap kat family, kengkawan, diorang mcm tak percaya plak...


02-09-2008, som e one komen :

newbie123, nak tanya ckt. 1.5 liter air soya tu guna yang direbus sendiri guna kacang soya ka? perlu tapis lagi ka?


02-09-2008, shafea komen :

salam nak cuba juga buat tp takut x menjadi lah


02-09-2008, newbie123 komen :

Saya buat air soya sendiri je pasal air soya pun tak jumpa kat sini. Kalau tak, buat sendiri lah air soya. Kat sini pun ada resipi buat air soya. Janji air soya tak bergula, boleh saja.


02-09-2008, newbie123 komen :

shafea, try la. sure jadi punya. sempoi saja buat tofu ni. buat sendiri puas hati...kebersihan terjamin :)


02-09-2008, yumna komen :

newbie, vinegar tu sama je kan ngan cuka tapi kat oz ( tasmania ) yumna tak jumpa cuka putih mcm kat malaysia. vinegar ader la warnanya kuning macam air teh.. boleh ke guna vinegar buat tauhu?


02-09-2008, newbie123 komen :

yumna, kalu takde white vinegar, boleh guna apple cider vinegar. kat sana mesti ada kan apple cider vinegar. Kalau takde jugak, boleh guna lemon jus.janji yang berasid la.


02-09-2008, Jue Hussin komen :

Assalamualaikum... shafea, kalau ikut step by step tu bebetul, insyaAllah... menjadi. Akak penah buat, tp guna resepi lain, guna GDL. Alhamdulillah... mmg menjadi. Som e one, air soya tu, biasanya, kita guna yg kita blend & tapis, cam nak buat air soya tu...


05-09-2008, yumna komen :

newb, yumna dah jumpa white vinegar selama ni cari tempat yang salah patut tak jumpa. hehe.. nanti dah buat tauhu yumna bg laporan k.


10-09-2008, som e one komen :

newbie123 dan kak Jue Hussin t.kasih bagi maklumat. Tak sabar sy nak cuba


10-09-2008, som e one komen :

newbie123 dan kak Jue Hussin t.kasih bagi maklumat. Tak sabar sy nak cuba


18-10-2008, MARRA HELLO komen :

Bagusnyer resepi ni..dah terlanjur buat air soya bean tuh terus je la buat tauhu ni....Kat Arab Saudi pun susah nak carik tauhu...tuari jumpa kat kedai indon...bila balik nak goreng bau tengikkk...basi gaknyer....Dgn adernyer resepi ini boleh la buat tauhu sumbat skali ek..sambil minum soya bean ...ptg2 dok kat Corniche (dpn Laut Merah)...jiwang...uwaaaaa nak balik mesiiiiaaaaaaaaaaaaaaa


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu