oleh: melanaudalat78 Ais Krim Sihat

3

Untuk mereka yang pentingkan kesihatan..


Created on : 01-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi melanaudalat78




Share


Bahan-bahan ( 11 cup besar )

  • Telur putih - 1 biji ( gred AA)
  • Susu tepung Every Day ( sukatan- 1 tin susu 400g )
  • Gula ( 3 sudu makan )
  • Ovalate ( 1 sudu makan )
  • Air Kosong ( sukatan - 1 tin susu 400g )
  • Perasa Vanilla ( 1 sudu kecil - jgn letak banyak )
  • Perasa bergantung dengan korang...

Cara-cara

  1. Masukkan telur putih, susu tepung, gula. ovalate, air kosong dan perasa vanilla ke dalam bekas.
  2. 5
    Pukul bahan-bahan tersebut sampai naik 2 kali ganda daripada asal atau dengan bahasa mudah..pukul sampai kembang.
  3. Bila sudah kembang, dalam 20-30 minit(bergantung dengan mixer anda), barulah anda masukkan perasa yang anda mahu. Contohnya; milo,holick,jagung,yam,cofee dan sebagainya. Sukatan bahan perasa bergantung kepada kesesuaian anda sendiri.
  4. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, bila aiskrim anda sudah beku, pukul sekali lagi sehingga dia sebati. Dan akhir sekali anda boleh menikmati ais krim sihat buatan anda sendiri. Selamat mencuba resepi ais krim dan sila hantar komen sekiranya ais krim anda tidak menjadi.


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (17)

01-09-2008, suriany komen :

takde pung bahan2nya....


02-09-2008, noremy komen :

mane resepi nyer...


02-09-2008, sheila_9132 komen :

melanaudalat78... resipi nya takder ... nampak pic tu mcm meriah jer...


02-09-2008, sya.anna komen :

bahan2nye mane? gambar cam best jer.. kot awak main jer.. tak baik tau..


02-09-2008, sya.anna komen :

bahan2nye mane? gambar cam best jer.. kot awak main2 jer.. tak baik tau..


02-09-2008, sya.anna komen :

ops!.... ter hantar 2 komen ia pulak...


02-09-2008, shafea komen :

dah ramai yg tnya komen resipi mana.. cepat lah bg.... kalau dah ada resipi ,,ptg ni dah boleh buat pencuci mulut utk bebuka


02-09-2008, zsa_zsa komen :

klik kat mane,,,, melanaudalat78 ooiii.. cepat la. nak buat untuk buka puasa ni.. hello hello


02-09-2008, yumna komen :

yela.. dah klik tak dak pun..


02-09-2008, melanaudalat78 komen :

sori la pasal lambat tulis bahan2 dia, pas ni bagi mereka yang minat makan ais krim, takyah lah susah2 g bli kat kedai. buat sendiri ja, cukup mudah dan yg penting sedap.


03-09-2008, cewekbopot komen :

huhu...tpu neh...


04-09-2008, sya.anna komen :

hai melanaudalat78... tanya sikit.. apa yg awak letak atas aiskrim tu? yg warna warni tu... pewarna kek ke atau sirap yg bwarna...


04-09-2008, melanaudalat78 komen :

yang warna warni tu hiasan je,hiasan kat kek.


04-09-2008, aa_iezah komen :

sekadar peringatan utk semua, kpd sesiapa yg 1st time nk upload resp kt sini tlg la ikut arahan yg tertera utk org baru mengisi cara2 bknnyer apa ini utk memudahkan kita smua nk membaca & membuat resp anda kalu x peninglah nk tgk :(


20-10-2008, zsa_zsa komen :

utk cara no. 4 tu, ......... " Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, bila aiskrim anda sudah beku, pukul sekali lagi sehingga dia sebati..-" beku kat suhu bilik ke? lepas dah pukul kembang? agak2 lepas 1/2 jam suhu bilik beku tak? kalau kita masukkan jagung tin orait tak? tq.


22-10-2008, melanaudalat78 komen :

to zsa_zsa... lepas beku kali pertama,untuk mendapatkan hasil yang terbaik pukul sekali lagi.masa tu nak tambahkan apa2 perasa pun ok jugak...ujung minggu ni aku mau wat ais krim + oreo ..lama dah tak wat ais krim ni.


13-11-2008, mizzsmiley komen :

nak tanya..ovalate tu aper?


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu