Google+

oleh: quinnie kuih seri muka

Talam

resepi ni saya dapat dari rancangan memasak kat tv..makcik ni memang tokeh buat kuih ni..


Created on : 01-09-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi quinnie




Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 250g pulut direndam satu jam /lebih dengan air
  • 3 helai daun pandan (di belah 2)
  • 500 ml santan pekat (anggaran)
  • 60gm gula merah
  • 50 gm gula
  • 1 biji telor
  • 50 gm tepung gandum
  • 30 gm tepung kastad
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. mula2 panaskan air kukusan..biar didih..sementara tunggu air didih...guna loyang 7x7 inci..susun daun pandan dalam loyang..lepas tu letak pulut yg telah dibasuh bersih dan ditoskan airnya. kemudian letakkan 200gm santan yg dicampur dengan 1 sudu kecik/1/2 sudu kecil garam. (santan mesti hapus paras pulut, kalau terlebih santan boleh buang sikit, kalau kurang campur dengan air)
  2. bila air dah didih kukus pulut selama 20minit..selepas 20 minit angkat pulut dan keluarkan dari pengukus. keluarkan daun pandan. ambil sudu dan kuak2 kan pulut.selepas itu rata2 kan pulut dan tekan2 sikit untuk jadikan pulut tu padat.(untuk mudahkan dari pulut tu melekat pada sudu celup sudu tu dgn air utk tak kasi pulut tu melekat pd sudu dan senang nak rata kan pulut)
  3. selepas itu kukus balik pulut tu. sementara itu boleh la dibuat bahagian atas pulak.
  4. untuk bahagian atas kuih:-
  5. mula2 isi tepung gandum dan tepung jagung dalam satu bekas. kemudian isi gula merah dan gula putih, telor( kacau sikit je) dan garam sedikit. kemudian letak santan (baki santan lagi 300ml)sikit2 dan kacau perlahan2. selepas semua bahan sebati tapiskan bahan tadi kedalam periuk.
  6. masak bahan dalam periuk dengan api yg kecil. kacau2 selalu. selepas bahan macam nak likat (boleh tau dia nak likat bila bahagian bawah dia rasa macam nak jadi ketul2) , tutup api periuk dan terus kan mengacau...biar bahan tu sekata..tak dek ketulan.
  7. buka penutup pengukus, tuangkan bahan tadi diatas pulut. tutup balik periuk dan biar kuih ini masak lagi selama 20-30 minit.
  8. selepas masak keluarkan dari pengukus dan biarkan ia sejuk. dah sejuk barulah dipotong untuk dimakan..

Tag

kuih muih









Laporan Masakan Bergambar (3)

Dsc04244
02-09-2008
kuih pertama dibln pose.. ptt ltk tpg kastard tp kyati tslh ltk tpg jagung, x per lah adik beradik dia gak kan he..he .. tQvm Qnie, nanti blh wat lagi ;-)
Laporan oleh: yatiezaini

cantiknya kuih kak yati...comel2..sure budak2 suka..tq kak yati sebab sudi cuba..

Kuih_seri_muka_quinnie_mr
15-11-2008
quinnie,akak buat 2 adunan boh dlm loyang 10x10,bwk ke klas dan jamu kwn2,sedaap ....trima kasih atas resipinye... :).
Laporan oleh: kak fida

sama2 kak fida...rajin betul kak fida ni...besar pahala...:)

Snv31499
06-02-2009
quinnie.. ni first time buat, tak jadi keras la.. tapi rasa memang sedap. Ni teringat kat seri muka my mom.. tu yg buat tuh. Next time saya cuba lagi. Tq ya!
Laporan oleh: aludra

sorry lambat reply,baru perasan...kalau lembik tu terlebih air rasanya...tak pe boleh cuba lagi....lagi satu kalau nak potong kena betul2 sejuk...


Komen (12)

01-09-2008, Mummy7857 komen :

wah, quinnie ni memang suka bodek resepi kat makcik kuih tu yer...tapi bagus la, sbb resepi dia sume sedap2.


01-09-2008, quinnie komen :

mummy yg ni makcik yg lain ler..hehhehe..tengok masa rancangan kat tv..pada yg suka bahagian bawah dia masin sikit boleh la tambah lagi garam tu ikut suka...selamat mencuba yer mummy..selamat menyambut ramadhan al mubarak..


01-09-2008, yatiezaini komen :

wah,Qnie .. 1st resepi dibulan puasa, sedap nih, nanti nak try lah .. selamat meyambut ramadhan almubarak .. ;-)


01-09-2008, quinnie komen :

same2 lah kak yati...hehehhe..saya kasi resepi dia sukatan kecik je sebab kalau ikut resepi sebenar siap boleh hantar kesurau..sesuai la tuk seisi keluarga..lagipun saya suka yg atas dia gula merah..selamat menyambut ramadhan almurabarak jugak pada kak yati sekeluarga..


15-11-2008, miazahira komen :

hai quinnie kalau bagi sukatan cawan/sudu boleh tak ? i ni tak ada alat penimbang selalu agak2 je tqvm kuih feveret ni


16-11-2008, quinnie komen :

alamak miazahira..saya ni memang guna penimbang kalau nak buat kuih ni....nanti kalau saya buat kuih ni lagi..insyaallah saya sukat ikut cawan n sudu untuk awak ye... kalau nak senang tak dek penimbang..beli je penyukat plastik tu..murah...yg bentuk macam jug tu...dia ukuran utk 1 liter...yg tu boleh guna tuk sukat tepung sekali....ada jual kat tesko...


31-03-2009, maariana_zek komen :

quinnie..saya dah cuba wat kuih ni smlm..menjadi la pulak kuih serimuka saya tuh..dulu penah 2-3 x wat serimuka ni, saya refer resipi dlm majalah, tapi xpenah jadi..anyway thanks 4d recipe..


01-04-2009, quinnie komen :

sama2 maariana....bagus la kalau dah menjadi...saya memula dulu pun tak pandai buat kuih ni....bila dapat resepi makcik ni...alhamdulillah...sekarang ni kalau nak makan buat sendiri je....:)


04-08-2012, rosmerah komen :

nak buatlah utk buka puaso, tapi klu tambah rasa durian leh kan>


07-09-2012, AYANG76 komen :

Nsk try mlm ni ..Suami n anak2 nk makan..almaklumlaaa mak mentua pandai masak sume2 masakan talam ni..Cuma menantu tk sempat belajar.. Tgk resepi quinnie senang..


07-09-2012, AYANG76 komen :

Nak try mlm ni ..Suami n anak2 nk makan..almaklumlaaa mak mentua pandai masak sume2 masakan talam ni..Cuma menantu tk sempat belajar.. Tgk resepi quinnie senang..


16-06-2013, jue64 komen :

salam quinnie... saya wat utk minum petang... pernah cuba wat tapi tak jadi.. pulut keras la... inti atas lembik la... kini rasa gembira sbb berjaya... suami kata sedap dan kuih pun senang nak potong... nak wat lagi lain kali.. terima kasih quinnie kongsi resepi ni..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd