Google+

oleh: shana Gulai Lemak Jantung Pisang

Jantung

masakan tradisi orang kampung...menyelerakan!!!


Created on : 27-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi shana




Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 biji jantung pisang besar
  • 1 biji kelapa diperah santan (ambil dua satu santan kemancar & pati santan)
  • 7 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • seketul belacan
  • segengam ikan bilis
  • seketul kunyit hidup
  • sebatang serai & secarik daun kunyit
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Jantung pisang disiang dan ambil bahagian dalamnya sahaja dan diracik halus. Rendam dalam air agar tidak lebam. Dibersihkan dan tos.
  2. Cili kering ditumbuk lumat dan masukkan kunyit hidup, tumbuk lagi. Masukkan belacan lumatkan dan bawang besar serta ikan bilis dtumbuk, kemudian serai dititik dalam lesung batu.
  3. Bahan tumbuk tadi dimasukkan dalam periuk serta jantung pisang dan santan cair. Jerang di atas api sambil dikacau.
  4. Hampir mendidih, bolehlah masukkan santan pekat, daun kunyit , garam dan kacau supaya tidak berketul.
  5. Siap dihidangkan dengan nasi lauk ikan goreng panas-panas...sedap...

Tag

gulai

Laporan Masakan Bergambar (1)

Jantung
02-09-2008
Teringin plak nk makan masakan kampung. Gantikan ikan bilis ngan ikan masin. Apapun, sedap.
Laporan oleh: Mummy7857


Komen (4)

03-09-2008, shana komen :

wahhh.....sudi jugak mummy7857 cuba resepi nih..... terima kasih la mummy..... resepi ala kampung memang sedap....mudah dan senang


09-09-2008, cute10 komen :

Salam shana,saya biasa nyer guna cili api,mcm mane rasanyer klu letak cili kering yea...& biasa saya tak letak belacan...nie kena cuba nie...semesti nyer sedap klu pedasss..hmmm


13-11-2008, shana komen :

ok je guna cili api...cuma lain kaler je kuah die tuh....orang kata ada bervariasi la


15-07-2011, syazaqira komen :

wowww...nk test


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu





Part of Dua Marhalah Sdn Bhd