Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi Cheese tart

 Submitted By On 19 November, 2006
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

cheese tart mini. Sesuai untuk dijadikan sebagai buah tangan.

Ingredients
  • <b>**Pastri**</b>
  • 70g butter
  • 50g gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 110g tepung gandum
  • 15g almond powder
  • beberapa titik esen vanila
  • <b>**Filling**</b>
  • 50g <a href="http://www.myresipi.com/top/glossary/8" target="_blank">cream cheese</a>
  • 100g yogurt - sejatkan biar jadi 50g
  • 40g gula halus
  • 1 biji telur(saiz m)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil corn starch
  • 50ml fresh cream
Instructions
  1. <b>Cara buat pastri</b>. Masukkan butter ke dalam mangkuk. Kacau sampai lembut atau jadi bentuk krim.

  2. Tambahkan gula. Pukul sehingga putih

  3. Masukkan telur kuning. Kacau sehinga sekata. Tambahkan pula esen vanila. Kacau lagi.

  4. Campurkan tepung dengan almond powder . Kemudian ayakkan.

  5. Kemudian masukkan tepung ke dalam no.3 tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau.

  6. Uli jadi bentuk bulat. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum digunakan.

  7. Canaikan doh setebal 3-4mm. Terap dengan cutter diameternya 6cm. Simpan dalam peti ais sementara siap buat filling.

    pastri.jpg
  8. <b>Cara buat filling</b> Letakkan ke dalam mangkuk cream cheese, yogurt dan gula. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.

  9. Tambahkan fresh cream sedikit demi sedikit sambil dikacau.

  10. Lepas tu, ayak pula tepung gandum dan corn starch ke dalam no.9 tadi. Kacau sehingga sebati.

  11. Sapukan bekas muffin dengan butter dan taburkan sedikit tepung. Ambik pastri tadi. Masukkan ke dalam bekas muffin. Cucuk-cucukkan dengan garfu.

    pastri2.jpg
  12. Isikan dengan cream cheese tadi. Bakar selama 30 minit dengan suhu 170 degree atau sehingga pastri nampak kuning/perang.

    cheesetart1.jpg
  13. Bila dah sejuk. Boleh bungkus cantik-cantik dan dijadikan sebagai buah tangan.

    creamtart2.jpg
Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All