Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi ♥Marble Serikaya Kukus™

 Submitted Bykak fida On 24 August, 2008
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Seperti kek marble biase ttpi menggunekan serikaya dan dikukus.

Ingredients
  • Bahan A :-
  • 10 biji telur -diasingkan putih dan kuningnya
  • 300 g gula halus (saya guna 200 g )
  • 300 g tepung gandum*}
  • 1 sk baking powder*} *diayak bersama
  • Pewarna merah,hijau,kuning dll
  • 1/4 sk garam halus
  • Bahan B :-
  • 360 g mentega/majerin - lembut
  • 1 tin serikaya (saya guna 400 g)
  • 1 tin susu cair
  • 1 sk esen vanilla
Instructions
  1. Pukul mentega dan serikaya perlahan2 hingga rata kemudian pukul dgn kelajuan tinggi hingga kembang. Perlahankan mixer dan tuang susu cair dan vanilla sambil terus pukul hingga sebati.

  2. Dlm mangkuk berasingan, pukul putih telur sambil dimasukkan gula sedikit2 dan pukul hingga kembang. Masukkan kuning telur sebiji2 dan pukul lagi hingga kembang.

  3. Masukkan adunan mentega ke dlm adunan telur dan gaul hingga rata. Masukkan pula campuran tepung dan kaup -balikkan adunan hingga sebati.

  4. Adunan di bahagi kpd beberapa bahagian mengikut berapa warna yg dikehendaki dan warnakan.

  5. Marblekan adunan di dlm loyang yg dialas dan digris terlebih dahulu. Tutup loyang dgn alum. foil dan kukus hingga 1-1 1/2 jam.

  6. Kek ini boleh juga dikukus,setiap lapis dikukus 10 min. dan pd lapisan terakhir dikukus 30-40 min. supaya kek masak keseluruhannya.

Tags 
Who has tried this? See their cooking reportSee All
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All