oleh: farrahaiza Banana & Oat Muffin

Banana-oat-muffin4u-300x300

Minum petang bersama muffin ;)


Created on : 23-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi farrahaiza




Share


Bahan-bahan ( 15 muffin sederhana )

  • 4 besar pisang masak
  • 1 cawan gula perang
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan mentega ( cairkan)
  • 1/2 sudu teh baking power + 1/2 sudu teh baking soda ( ayakkan bersama tepung)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan tepung gandum ( diayak)
  • 2 sudu besar instant oat ( lebihkan jika suka)
  • 1/4 cawan susu segar

Cara-cara

  1. Lenyekkan pisang. Kemudian masukkan gula dan kacau sebati.
  2. Masukkan telur yang telah dipukul kembang menggunakan tangan (tak kembang sangat pon takpe).
  3. Masukkan mentega cair. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung dan oat. Kacau sebati
  5. Masukkan ke dalam muffin cup hanya 3/4 sahaja kerana ia akan mengembang.
  6. Tabur sedikit dengan badam untuk hiasan.
  7. Bakar selama 25 minit pada shu 175 celcius. ( Cek le selalu takut overbaked)

Tag

kek


Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (9)

23-08-2008, dewi64 komen :

resipi mcm ni mcm mn nak cuba?bahan lain ader sukatan?pisang bukan ader satu jenis?klu pasang emas tu kecik,ader pisang yg besar,lain kali bila buat lenyek la dulu lepas tu baru sukat dlm cawan atau gm ke?bagi la resipi betul2,mcm tak ikhlas aje.?


23-08-2008, zza komen :

mungkin farrahaiza ni baru je masuk sini.. atau farrahaiza nak cepat2..sapa tau kan.. farahaiza..nmpk sedap je..teringin nk mencuba..=)


23-08-2008, zza komen :

dewi64..saya rasa sukatan dh ada dlm resepi ni..pisang pulak mgkn blh guna pelbagai jenis pisang yg sesuai utk buat kueh...


24-08-2008, mimieda komen :

4 biji pisang yg besar yer...best muffin nih nampak gebu..tq 4 d recipe farrahaiza.kalo x ikhlas awk takan share recepi kat cni kan farrahaiza kannnnn


24-08-2008, Jue Hussin komen :

dewi64, maaf ye... biasa la kalau kita tulis resipi, cemana nak sukat saiz pisang... biasanya, kita guna aje pisang apa2 yg biasa org letak dalam kueh, asalkan jgn letak 4 biji pisang tanduk udah... Biasanya, saya kalau guna pisang saiz kecik, saya masukkan banyak sket, agak2 la kan... muffin yg letak pisang, mmg sedap, saya suka lebihkan pisang utk rasanya... :)


25-08-2008, abby_3483 komen :

huh...bengang jer baca komen dewi64 (dewi la konon...) tanya tu elok2 la sikit,jg sensitiviti owg. teringin nak tengok si dewi tulis resepi...hak hak hak.. cam bagus jew :-|


26-08-2008, farrahaiza komen :

hi kengkawan! saya tade rase apa2 pon ngan komen anda! terima kasih atas feedback tersebut! sy baru start share recipe..so byk kene ade improvement psl pisang tu..paling sedap guna la pisang emas! tapi kalau takde, jangan susah2..guna la apa saja pisang yang dah terlembik utk muffin ni..I'm fleksible...bapa sy ada kebun so mana pisang yg lembik , saya guna je selamat mencuba!!


26-08-2008, iezamel78 komen :

salam.... pada smua yg baru & lama... maaf ye.. kite smua kan nak kongsi resepi, jangan la komen 2 terlebih pulak...utk dewi... komen le yg manis ckit bunyi yer...


26-08-2008, farrahaiza komen :

opps...kengkawan..selamat berkenalan yer ..this is my website http://farracheesecakes.com


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu