oleh: kak fida ♥Ice Jelly Cocktail™

Ice_jelly

Pencuci mulut yg sesuai dibuat ketika ada keramaian


Created on : 23-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 20 - 30 orang )

  • 1 pkt agar2 serbuk
  • 500 g gula pasir
  • 3.75 ltr air
  • 1 cwn daun cincau -(klik ke bahagian Glossary)
  • 1 tin fruit cocktail
  • beberapa biji limau nipis atau limau kasturi
  • 2-3 helai daun pandan - disimpul
  • Ketulan air batu

Cara-cara

  1. Dlm sebuah periuk, masukkan air, agar2, gula, daun cincau dan daun pandan, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Jelly
    Matikan api dan tapiskan ke dlm sebuah mangkuk besar dan sejukkan. Biar betul2 sejuk baru boleh disimpan dlm peti sejuk.
  3. Semasa menghidang, ambil beberapa senduk jelly dan letakkan ke dlm mangkuk kecil.Hias di atasnya dgn 2-3 sudu fruit cocktail dan perahkan limau. Bubuh ketulan ais utk menyejukkan lagi (klau ade ais parut lebih baik)
  4. Utk menghidangkan cara buffet, masukkan sekali kesemua fruit cocktail, ketulan ais dan perahan jus limau ke dlm jelly, bila hendak makan, cedok sendiri...tambahkan buah sliced peach dlm tin atau apa saja jenis buah2an dlm tin yg lain ikut selera lebih enak.
  5. Jika susah hendak mendapatkan daun cincau, gantikan dgn 2 tin(300ml x 2) air cincau (yg siap utk diminum).Masukkan ke cara2 (1) tetapi jumlah air dlm adunan hendaklah dikurangkan 600 ml.
  6. Selamat mencube

Tag

dessert




Laporan Masakan Bergambar (0)


Komen (6)

23-08-2008, sixsixtwo komen :

daun cincau ni nak beli kat mana?


23-08-2008, noraida komen :

ass . sixsixtwo daun cincau tu boleh belikat kedai ubat cina.rupanya mcm daun kering tapi bau dia wangilah jugak.kak fida ni mesti yg kakak buat ub=ntuk tahlil di twhye.aida pernah buat juga memang sedap n cooling.makin rajin akak kita post resepi.


23-08-2008, kak fida komen :

tq aida dh tolong jwb bagi pihak akak..betul tu...jelly tu akak bwk gi teck whye...ade lagi 2 resipi ni akak nak post...jenguk2lah di dapur kak fida...ye....


23-08-2008, kak fida komen :

Hai sixsixtwo, klau tk dpt jugak daun cincau, cube lah gunekan air cincau seperti yg kak fida sarankan di care2 (5)...ye..tq...


25-08-2008, Nenie komen :

Hu hu hu hu...kak Fida...idea yang bagus untuk dihidang waktu berbuka...at least hujung minggu bolehlah special sikit....(kes bodek hb lah ni....pasal week day tak sempat sedia hidangan,semua main tunjuk-tunjuk je.kuang kuang kuang)


25-08-2008, kak fida komen :

Nenie,buat jgn tk buat...mmg sesuai di buat pd bulan puase...


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu