Google+

oleh: cute10 Pau Goreng

Dsc01657

dapat dari kawan Chef Pastry....


Created on : 22-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi cute10




Bahan-bahan ( 25 biji )

  • 250 gm tepung roti (strong/protein flour)
  • 100 gm tepung biasa
  • 1/2 sudu kecil yis (mauripan)
  • 30 gm gula kaster
  • Bahan yg di campur skali
  • 30 gram butter cair
  • 1 biji telur (di pukul)
  • 150 ml susu suam.
  • minyak utk mengoreng

Cara-cara

  1. Dsc01649
    Masukkan kesemua bahan kedalam machine/mangkuk kecuali susu,yis & Butter cair. Gaul bahan2 tadi sehingga sebati.
  2. Dsc01650
    Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung. Uli sampai doh tak melekat ke bekas
  3. Dsc01648
    Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik wrap. Biar naik 1 kali ganda (lebih kurang dlm 1 jam).
  4. Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk-tumbuk supaya keluar angin. Leperkan doh lebihkan 1/2 inchi. Bolehlah potong dengan menggunakan gelas sbg. cutter.
  5. Biarkan naik sekali ganda lagi dlm Lebih kurang 30 min.
  6. Dsc01652
    Bolehlah di goreng ya. Siap goreng, ditoskan minyak atas jaring. Lepas sejuk, boleh di potong tgh dan dihias dengan tamato & timun juga sambal ikan bilis.









Laporan Masakan Bergambar (3)

2_012
09-11-2008
Sedap. puas makan, mummy letak inti sambal tumis banyak2 .. thanks cute10
Laporan oleh: Mummy7857
P1010163
20-08-2009
dah buat.ni gambar dah abis dgoreng lum diisi sambal ngan timun.puas hati sbb percubaan pertama berjaya...ini memang kuih favourite sy dr dulu lg...karang x yah nak beli lg klu nak makan bleh wat sendiri...jimat sikit..
Laporan oleh: kecikcomel
P1010353
10-11-2009
sedap....kuih kegemaran family...
Laporan oleh: Mariani(KT)

Komen (22)

22-08-2008, ctmalek komen :

cute10, ape resipinyer,....excited nak buat ni sbb anak2 suka makan


22-08-2008, kak fida komen :

salam buat cute10, bahan2 dlm resipi pau ni same je dgn bahan2 dlm resipi donut oleh cute10 tu...resipi 2 in 1 ke ?...


22-08-2008, sheekin komen :

sdpnye


22-08-2008, cute10 komen :

Salam Ctmalek & kak fida saya memang guna resepi donut buat pau goreng tu..saya buat skali pau goreng & donut tu cuma cutter jer yg beza nyer...cuba ler...sheekin..memang lembut...


22-08-2008, cute10 komen :

Salam Ctmalek & kak fida saya memang guna resepi donut buat pau goreng tu..saya buat skali pau goreng & donut tu cuma cutter jer yg beza nyer...cuba ler...sheekin..memang lembut...


22-08-2008, cute10 komen :

Salam Ctmalek & kak fida saya memang guna resepi donut buat pau goreng tu..saya buat skali pau goreng & donut tu cuma cutter jer yg beza nyer...cuba ler...sheekin..memang lembut...


25-08-2008, cahayer komen :

mane boleh tggu sejuk... serang terus.....


27-08-2008, nurul_isb komen :

cute10, nurul nak tanya lah... pau ni kalau dah sejuk dia liat tak?


29-08-2008, rahman bestari komen :

Hai cute10, ini pau goreng? Kalau di Sarawak ini bukan pau goreng tapi kuih "Doraemon". Kalau pau goreng di Sarawak mcm yang ummihakim dan kak fida buat tu. Itu baru betul. Biasanya pau goreng tak dibelah mcm yang awak buat tu then letak hirisan timun dan tomato beserta sambal ikan bilis!


25-09-2008, cute10 komen :

Salam Rahman,hmmm..yea ker nama kuih nie "DOREMON"..?? tak tau plak saya,Kami kat cni(EIRE) nie kaw. tmpt sana smua panggil "Pau Goreng/Burger M'sia" biasa klu kwn saya buat majlis mkn-mkn,berkumpul kat Dublin nie,smua panggil Pau goreng...Maaf ler klu silap tu nti saya tukar nama dia ler...thanks beri teguran yea...byk lagi saya kena belajar nie.


25-09-2008, yongnani komen :

cute10, betul dah la tu, namanye mmg pau goreng/burger m'sia. kat semenanjung itulah namanye, mungkin kat sarawak nama lain. apa2pun kuihnya tetap sama, nama lain tak jadi hal.


25-09-2008, dania76 komen :

ermmm.... abih kalau intinya kacang merah tu dan digoreng namanya apa ye? pau goreng juga ke? sory saya konpius skit pau goreng nih


25-09-2008, dania76 komen :

kalau kuih doremon tu bukan ke yang mcm kuih dorayaki.sory kalau saya silap paham lagi.sbb doremon kan tak makan pedas.hehehe


03-11-2008, yongnani komen :

saya ni pun bukannya tahu sangat tapi kalau x silap saya la, inti kacang merah pun pau goreng juga. asalnya mmg pau cuma digoreng dan inti lain-lain. macam juga pau yang dikukus ada mcm-mcm inti kan. hehehe....kalau layan MR ni mcm-mcm nama resepi kuar, bgs juga boleh kita blajar sama-sama kan.


09-11-2008, nemogurlz komen :

rahman,kat sini memang orang panggil nama kueh ni pau goreng..& memang macam tulah kuehnya..cute ,awak x silap..& kueh ni biasa dipanggil pau goreng @ pau sambal & kalau pau yang ada kacang merah tu biasa dipanggil pau goreng kacang merah...&saya tak pernah lak dengar kueh ni dipanggil kueh doraemon & ni 1st time tau rahman..& mungkin itu panggilan untuk negeri sarawak...&apa2 pun,tu semua xpntg,yg pntg kueh ni sedap & cute,saya nak trylah kueh yg awak buat ni...


19-12-2008, kamal77 komen :

cute,nak tanya ni,susu suam tu susu pekat manis atau susu cair?


20-08-2009, Scha Hansha komen :

lagi best klu cute10 sertakan resipi sambal ikn bilis, dlm tin punyer x best r.. neway pau gorg ni mmg sedap!


21-08-2009, kecikcomel komen :

sy setuju ngan hansha..klau wat sndiri lagi sedap...yg dlm tin tu cuma bau ikan tu je yg kuat..mmg x nah beli klau nak makan wat sndiri...


19-02-2011, mario komen :

pau goreng kat sarawak doremon....serupa tapi nama je lain2.mcm apam balik ada ya panggil kuih malaya(brunei) ada juga panggil apam pulau pinang(singapore)...yg penting ada gambar dan resipinya.pasti semua tahu jenis kuihnya...


20-02-2011, alibaba komen :

kuih bom tangan di sri lanka


22-06-2012, mama siti nur komen :

cute 10 mama nak tau boleh tak adunan ni bila dh siap kita goreng separuh masak kemudian simpan peti sejuk. jadikan macam instan tu bila nak guna goreng semula.. tq


21-10-2012, Virus komen :

ni burger malaysia


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd