Google+

oleh: cute10 Coklat Cheesecake Kukus

Dsc01614

Biasa di panggil Marble Coklat Cheesecake & selalu nyer dibakar tapi kali ni main Kukus plak...


Created on : 21-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi cute10




Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • Bahan A:
  • 180 gram mentega
  • 20 gram serbuk koko, diayak
  • 170 gram gula kaster
  • 3 biji telur
  • 120 gram tepung naik sendiri, diayak
  • 1 sudu teh baking powder, diayak
  • Bahan B
  • 250 gram krim keju (Phildelaphia)
  • 60 gram gula kaster
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. -Pukul butter and gula.
  2. -Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. -Masukkan tepung, serbuk koko dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
  4. -Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
  5. -Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
  6. -Tuangkan baki adunan A.
  7. -Masukkan ke dlm acuan dan kukus - selama 60 mins.(atau sehingga masak)
  8. -Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidangkan.









Laporan Masakan Bergambar (1)

Coklat_cheesecake__2_
26-01-2009
dah selamat wat dah selamat masuk perot.. hehe! tak kukus sbb suka kek yang dibakar. tenkiu. sedap!
Laporan oleh: 14sept

terimakasih kerana sudi mencuba.... cantik lapisan kek 14sept


Komen (5)

25-08-2008, abby_3483 komen :

hm... cam sedap jew. nape x complete ek???


25-08-2008, abby_3483 komen :

yess... cam biase la.. kena komen dulu baru kuar.. letih la camni. nampak complicated tp bahannya senang dicari. nanti B try!!


28-08-2008, cute10 komen :

Salam Abby: Sorii tak tau plak saya...kena complain lak baru resepi kuar sepenuh nyer..agak nyer saya masih edit lagi tak..time abby on resepi tu...agak jer saya nie...


15-01-2009, nazizfah komen :

sape yang dah buat and Jadi dengan lazatnye komen la


03-02-2010, susilawati komen :

kek ni kukus sekali gus ke satu per satu??


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu




Part of Dua Marhalah Sdn Bhd