oleh: budak_baru_belajar Kek batik simple

Kekbatik

kek yg mudah & sedap sgt....


Created on : 18-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 1 packet milo (packet yg plg kecil)
  • 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
  • 1 buku buttercup
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur ayam
  • serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
  • 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
  2. cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
  3. kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
  4. bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
  5. then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
  6. pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba




Laporan Masakan Bergambar (8)

Picture_001
18-12-2006
aku cuba resipi ni...ini hasil nya...
Laporan oleh: gohmimie
Dsc00254
25-02-2007
gambar sebelum potong. x sempat amik gambo dh habis.
Laporan oleh: IMAH1001
Kekbatik
12-03-2007
Tadaaa!! Perfect! Guna 1 cwn koko + 1/2 cawan milo. Tq for the idea.
Laporan oleh: sitiazma
Dsc01045
21-05-2007
memang sedap sangat. senang nak buat.Anak2 suka...
Laporan oleh: nieta399
Mieda2007
07-07-2007
With myniece ")
Laporan oleh: miedaloves03
P1010305
10-03-2008
Ready untuk dibawa ke opis...nyum..nyum...memang sedap!
Laporan oleh: MamaInaz
220420081051
24-04-2008
sedap sampai kawan ofis pun mintak resipi.mudah sangat
Laporan oleh: ieyta_iph
Photo-0027
26-05-2008
inilah hasilnya..but i tuko biskut merie ngan biskut tawar yg kecik2 coz nak abiskan stok..lg satu sbb puas carik biskut merie tk jumpa..apapun tq kongsi resepi!
Laporan oleh: hana6877

Komen (38)

18-12-2006, admin komen :

pls tukar gambar ni bila dah ada gambar sendiri nanti. Untuk sementara, gambar resipi ni diambil dr laporan masakan


08-01-2007, copacabana komen :

Salam, Saya dah cuba kek ni tapi tak letak telur n gula. mmg simple habis, jadikk... semua suke. Nak kata sedap sgt tu tidak le ..tapi sedapla jugak!! Saya tambah raisins... sedap rasenye


21-02-2007, marlin komen :

Saya pun dah cuba resipi ni, tak sangka resipi simple tapi hasil mmg sedap!!!!


22-02-2007, ikin scha komen :

letak nestum leh gak kan..sedap tau


25-02-2007, ujang komen :

den dan cubo dah!! bravo!!!! macam tak sangka lak buleh buat!! sonang bonar lak ai!


06-03-2007, ikin scha komen :

ikin dah buat tp bila kua dari freezer nak kuarkan dari loyang camne..dari dlu klu buat ceklat batik ni..makan trus kat loyang mcm aiskrim..kekeee..tolong lee..nak kuarkan mcm lembik/lembut jeee


12-03-2007, sitiazma komen :

ikin-saya lapik tupperware dgn aluminium foil. Then baru masukkan. Lepas tu bungkus dgn aluminium foil, boleh tekan-tekan kasi cantik bentuk dan padat sikit. Letak dlm fridge dulu.


03-04-2007, syahmiee komen :

nak cubala mcm senang....tp xde buttercup...ganti minyak masak boleh tak?


03-04-2007, princessharyati komen :

uhuuu syahmie,.. guna butter or majerin.. lagi elok jadinya.. ;-)


07-06-2007, coveredgirl komen :

Nak tanya satu buku mentega tu berapa berat atau berapa cawan?


07-07-2007, miedaloves03 komen :

Mmg besh kek ni simple n easy ") semua suka.. tq sm to budak baru belajar.. Arigato Gozaimase ")


07-07-2007, lisanishanth komen :

dalam step 1 cakap masuk semua ingredients tu dalam periuk (kecuali biskut) so, telur tu masuk juga? tak perlu pukul dulu ke telur tu? kalau cairkan bahan tu dalam api kecil, (step 2) telur tu tak masak macam kite rebus telur ke?


08-07-2007, Jasmy komen :

Telur tu tak akan masak macam telur rebus sebab api kecil.


10-07-2007, lisanishanth komen :

i ada masalah besar la,.. hari ni i shopping beli semua ingredients tu,.. semua dah dpt,.. kecuali susu sejat je tak de! sini tak de jual la,.. tak macam kat msia! boleh tak digantikan dengan susu segar? takut tak jadi pulak,.. i rancang nak buat esok hari.. any idea anyone?


10-07-2007, Lilydvalley komen :

lisa, u kat mana ni, tak de susu sejat? i think, blh ganti ngan susu segar, but may be akan kurang lemak la...


10-07-2007, lisanishanth komen :

i ni kat india,.. hari ni dah 5 kedai i cari susu sejat! semalam 3 kedai! susu pekat tu ada,.. tapi susu cair tu tak de,.. nanti i cuba campur susu segar dengan fresh cream untuk ganti lemak yg kurang pada fresh cream tu,.. i buat experiment ni nanti,.. kalau berjaya,.. kita letak gambar!


10-07-2007, Lilydvalley komen :

wokey lisa... improvise guna apa yg ada kat sana...jgn pening2 kepala ya...


12-07-2007, shazdliena komen :

huhuh... baru wat tadi!!! besh gler laaaaaaaaaaaa


07-08-2007, purplelazzz komen :

i like kek batik!nnt nk try r,huhu..1 uitm nk try..haha..


07-08-2007, 1111111 komen :

bukan nak memandai tapi kan kalau dah susah nak cari susu sejat, tukar je la gune susu pekat manis biasa tu...gune half tin...slalu aku wat tak gune susu sejat pn...tak payah gune telor pun tak per..ingredients lain samer jer...confirm jadikk..don't worry....pastu kalau nak sedap lagi campur kacang yang dah goreng n buang kulitnyer...selamat mencuber...


07-08-2007, 1111111 komen :

ops luper...kalau pakai susu pekat tak payah lletak gule..


13-08-2007, mummy nini komen :

Eemm.. kalo nak lagi sedap campur dengan kacang yg di tumbuk kasar .. cuba la.. memang sedapppp..


29-09-2007, salwa850710 komen :

kalu x guna telur blh x? kalu guna susu pekat xyah letak gula kan?


28-10-2007, raiyana komen :

wow.. sedapnye kek batik ni! senang nak buat pulak tu. saya pasti mencubenye di rumah!


07-11-2007, sofinar komen :

Terima kasih bebanyak i try baru semalam. hari ni bawa p sekolah ramai yang kata sedap, ada yang minta resepi tq....... ... anak pun suka


16-11-2007, suehyna komen :

tq, eryne... i dah try... rasa sedap.. tp rupa dia x brapa jadi... mungkin terlebih roti kot... coz i beli roti yg di timbang... bukan roti dlm paket


23-11-2007, alu komen :

akak dah buat.memang sedap.tapi boleh tak buttercup tu di kurangkan separuh


28-11-2007, wan_illiyana komen :

yana wat xpakai telur tp sedap gak r...pnh skali yana wat letak coklat masak kat atas,sedap sgt....


28-11-2007, creative_Q komen :

da try...tapi muak la mkn...xleh mkn bnyk2...susu pekat leh guna x??


10-01-2008, hanizul komen :

Nak tanya...biskut tu nak kena pecah2kan ker? atau just letak aje sekeping2 mcm tu...


10-01-2008, liana_pg komen :

hehe saje je nk tlg jawab soalan creative...i slalu buat kek batik ni pkai susu pekat ..pastu x yah letak gula..bhan yg lain tu sama jer..i pon nk cuba lah resepi ni sebab x penah wat pkai susu cair lg...


10-01-2008, liana_pg komen :

hee hanizul biskut tu patah2 dua jer,,


17-02-2008, nazihah nazir komen :

sedap2..dh try..tp time 2 wt x ckp biskut..n jd lembik skit..tp sedap


18-03-2008, haz_amon komen :

emmm...sedap nampaknyer.....


08-05-2008, cik eta komen :

sya dah buat resipi ni..sya guna biskut meri yg warna coklat n putih nampak colourful la :) n sya guna susu pekat manis tu jer...ank2 buah suke sgt bila buat kek ni..laku habis!


26-05-2008, hana6877 komen :

nk tnya la..camne yek nak wat coklat tuh tak melekit or cair lepas kuarkan dari peti ais? coz sy wat masa sejuk ok..but bila dh letak atas pinggan coklat tuh cair. sy penah mkn sblm nih,tk penah nyer cair n melekit2 kat tgn...sape tau?? tlg..tlg...


29-05-2008, mama2244 komen :

tq sesgt...kek batik ni i dah lama mengidam nak buat. tak sempat nk tempek gambar coz telah selamat di korbankan oleh anak-anak. Lain kali buat i akan snap gambarnya cepat2.


29-06-2008, jasrina komen :

sama mcm hana.. coklat tu cair selepas kuar dr peti ais. mcm mana ek nk buat.. tlg le..


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu