oleh: rossitamz Ayam Masak Kicap Bercili

Ayam_kicap_cili

Lagi resepi ibu mertua...


Created on : 14-08-2008

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi rossitamz




Share


Bahan-bahan ( 8 orang )

  • 8 ketul ayam yang dipotong besar2-digaul dgn sedikit garam & serbuk kunyit dan digoreng
  • 1 labu bawang besar - dikisar (*)
  • 6 ulas bawang putih - dikisar (*)
  • 2 inci halia - dikisar (*)
  • 15-20 biji cili kering - dikisar berasingan daripada (*)
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Rempah tumis secukupnya - bunga lawang, cengkih, kayu manis, dll
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda (*) bersama dengan rempah tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  3. Masukkan kicap dan gula. Kacau hingga sebati dan mendidih.
  4. Masukkan air asam dan kacau lagi.
  5. Masukkan ayam dan gaul hingga kuah sebati dengan ayam.
  6. Akhir sekali masukkan potongan bawang besar dan kacau hingga bawang layu sedikit.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Boleh ditabur dgn hirisan daun sup/bawang jika suka.

Tag

ayam


Laporan Masakan Bergambar (3)

Ayam_kicap_rossitamz
26-10-2008
ros,akak msk utk lunch tadi,gune kepak ayam je..tu yg anak2 akak suke...mkn ngan nasi pns2...mmm...tk leh nk ckp lagi...tq ros...sedaaap sgt :) :)
Laporan oleh: kak fida

tengah makan jgn cakap apa2 kak fida, tercekik pulak nanti. hmmmm...menjilat jari tak?? terima kasih kerana mencuba.

022
31-10-2008
sedap sangat
Laporan oleh: iza_afiza

menjadi jua akhirnya ya iza.. thanks for trying.

Dsc01276
02-11-2008
Memang sedap... tak rugi mencuba. Terima kasih kerana sudi kongsi resepi ni..
Laporan oleh: Tapai

Sama2. Tu thumb sapa tu? Thanks jugak sebab mencuba.


Komen (16)

14-08-2008, kak fida komen :

rossitamz, ini mmng lauk kegemaran anak2 akak.Ini jugak salah satu lauk harian yg akak biase sediakan. Klau 8 ketul ayam...mmm...utk famili akak aje 4 orang sekali ngadap...gagah...hehe...


15-08-2008, animed07 komen :

Saya dh try..tp nanti bila2 buat lagi saya amik gambar.Kamera kwn pinjam. Terima kasih share resepi ni..suami suka sgt..buat buka puasa semalam.dia puji sgt2..mula2 dia igt ayam masak kicap bubuh kicap ja..sekali masa masak dah naik bau..bila mkn terus terangkat. Thanks tambahkan koleksi masakn yg best


17-08-2008, rossitamz komen :

kak fida->8 ketul ayam tu, saya pun sekali hadap aje dah abis. animed07->jgn lupa hantar laporan bergambar bila buat lagi nanti ya! TQ kerana mencuba utk kedua2nya...


19-08-2008, suka_masak komen :

sama mcm resepi mak sy selalu buat..tp rasanya dia buh cuka mkn sket ganti asam jawa. mmg sedap resepi ni..ni juge lauk raya kuarga kami.


22-08-2008, rossitamz komen :

suka_makan, ini jugak lauk raya kat sebelah keluarga mertua. tapi mak tak bubuh cuka makan, dia gunakan asam jawa.


31-10-2008, hasnurie komen :

salam..ros, maknanya ayam tu tk pyah gorng dulu ek..masuk cmtu jer ek..hehehe..sori, sy tk pandai sgt masak..


31-10-2008, rossitamz komen :

ha'ah la hasnurie. ayam tu digoreng dulu. mcm nak buat ayam masak kicap biasa tu. dah tambah kat resepi. thanks.


04-11-2008, Tapai komen :

Thumb up..... hehe. Tangan tukang masak ler.. Sebab sedap punya pasal mesti tambah extra bahasa isyarat.


08-11-2008, azlina1175 komen :

Terima kasih utk resepi yang simple tp sedap.. dah buat 2-3 hr yg lalu br nak antar komen


15-12-2008, adeq reen komen :

da la xreti masak ni.. ibu lak xcehat so kne la cari resepi nk msk..sbaek jumpe..huhu nak try jap g..nmpak cam sng..


18-05-2009, mawarv23 komen :

bleh tak nak ganti gula tu dgn gula merah..


23-12-2009, Gurl komen :

Kalau guna cili boh, agak2nya berapa bnyk kena guna ye?


08-02-2011, nornabila komen :

mcm sedap je..blhla nk try wt tuk mkn lunch ni..yum..yum..yum..


30-03-2011, anna85 komen :

wah...nmpk mcm sdap sgt...mesti nk test msk ne...lg pun mudah nak sediakan...:)


04-05-2011, qeyn komen :

nampak mcm best..mst cuba ni..=)


20-09-2011, Sheryz komen :

mmg sedap....


Untuk komen, perlu login terlebih dahulu