Your MyResipi.com has been updated. To get started with new version of MyResipi.com, Reset Your Account Password using Forget Password
If you face any problem, please contact us at support@myresipi.com

Resepi ♥Apam Gula Hangus™

 Submitted By On 11 August, 2008
Category: 
Cuisine: 
Preparation time: 
Servings: 
0 Persons
Description

Apam yg mudah dibuat...tidak menggunakan minyak atau mentega dlm adunan tapi tetap lembut dan gebu.

Ingredients
  • 4 sk rata bicarbonate of soda
  • 4 cwn (400g) tepung gandum
  • 4 biji telur - grade A
  • 1 cwn (200g) gula pasir
  • 2 cwn (400g) air
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cwn (300g) gula pasir*
Instructions
  1. Jika menginginkan kuih apam yg tebal, gunakan loyang 10x10 inc. tapi masa kukusannya hendaklah ditambah sedikit.

  2. Goreng gula pasir* hingga hangus dan tuangkan air dan masak hingga mendidih dan gula larut dan sejukkan.

  3. Tepung dan b. soda di ayak.

  4. Telur dan gula di kisar dlm blender hingga gula hancur dan tuangkan kedlm sebuah mangkuk.

  5. Masukkan campuran tepung dan susu cair kedlm adunan telur dan gaul hingga rata.

  6. Tuang pula gula hangus dan gaul lagi hingga sebati. Tapis adunan utk mendapat adunan yg halus.

  7. Tuang adunan ke dalam loyang yg telah digris dan dipanaskan dlm kukusan terlebih dahulu dan kukus selama 45 min.Pastikan penutup kukusan dibalut dgn kain supaya air wap tidak masuk ke dlm kuih.

  8. Biarkan apam sejuk di dlm loyang. Potong apam dan sajikan dgn kelapa parut putih yg dikukus bersama sedikit garam.

  9. Menggunakan acuan kecil....

    apam_karamel.jpg
Tags 
Related RecipesSee All
Recipes You May LikeSee All